Sunday, July 12, 2009

SIFIR VERSI ASIA SELATAN PART 2

Di villa indah ini .......

Hari ini aku, samsul, man n zeq sibuk menyusun dewan untuk persediaan murid tahun 6 menghadapi peperiksaan percubaan UPSR, 2009.

Setelah selesai menyusun atur budak-budak tu dengan dibekalkan sedikit taklimat aku termenung dan lantas teringat akan seorang murid kesayangan aku pada tahun 2007.
Cerita budak ni pun dh publish dalam blog Konotasi Firol dh dua kali kalu tk silap.

Tapi cerita ni adalah kesinambungan daripada cerita yg dulu tu la.
Kisahnya begini, apabila tiba waktu Peperiksaan Percubaan pada tahun tu,para pengawas peperiksaan (cikgu-cikgu thn 6 la) telah selesai mengedarkan kertas soalan matematik kepada budak-budak tu. Dan selepas itu diberikan taklimat serba ringkas.... bla...bla... tulis nama...bla.. bla....dan kamu semua boleh buka kertas soalan dan jawab dalam masa 40 minit.

Tak lama kemudian terdengar panggilan " chegu" daripada murid yang duduk di barisan hadapan sekali. Dengan pangkal nama yang bermula dengan huruf "A" maka dia dapatlah angka giliran yang pertama. Dialog adalah seperti yang berikut :

Murid : Chegu !
Aku : Ayo! Apa dia A.........?
Murid : Sini mari la chegu (separuh berbisik)
Aku : Kenapa? (sambil berjalan menuju kearahnya)

Apabila sampai kepada murid tersebut, dia lantas mengukirkan senyumannya sambil berkata;
Murid : Chegu, apa mau bikin chegu? (sambil menunjukkan kertas soalannya kepada aku.)
Aku : (terkedu..... sambil tersenyum) jawab la soalan tu.
Murid : Apa mau jawab chegu..............?
Aku : Kamu jawab la apa yang kamu tau.
Murid : Macam mana chegu.....?
Aku : kamu tulislah ape-ape je yang kamu nak tulis.
Murid : Ayo chegu tolonglah... chegu
Aku : Ayo A...... ini jam periksa, tarak boleh tolong. Kamu hantam saja la.
Murid : Chegu, hantam aa... hantam aaa...
Aku : Ok, amma'.

Itulah dia kisah anak murid kesayangan aku, walaupun dikategorikan sebagai murid buta 3M, aku telah berjaya menarik minatnya untuk menghafal sifir 2 dalam Bahasa Tamil dengan jayanya.....

Dan sekarang aku persembahkan.......................













inilah dia Abiramy..........


moga satu hari nanti dia akan berjaya dan menjadi orang yang berguna...

2 comments:

  1. ADuhh terbongkar identiti Abirami..HAHAHAHAHA

    ReplyDelete
  2. mmg dah jadi salah sorg lagenda ubern... kalo ada romeo mesti ada julietnye... tp kalo ada abirami mesti ada ragu nye...

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails