Thursday, April 29, 2010

RENUNG-RENUNG KAN LAH WAHAI SAHABAT2 KU

KURANG AJAR...! Pameran 'seni' yg berlangsung di Sepanyol




















dan itulah tanggapan mereka terhadap kita
dan itulah juga realitinya pada masa kini..........

Sumber : PPIM

Thursday, April 22, 2010

INILAH DUNIA KU PART 3

UBERN dilanda ribut!!!!!

Itu lah yang terjadi pada petang semalam tanggal 22 April 2010 hari Khamis lebih kurang pada jam 6.30 petang.

Satu kejadian yang tidak disangka2 berlaku....

dan kesannya......




namun Alhamdulillah, yang penting anak isteri aku selamat walaupun kejadian itu berlaku semasa mereka dalam perjalanan pulang dari bersiar-siar....

Wednesday, April 21, 2010

SELAMAT HARI LAHIR PUTERI2 KU SAYANG

Selamat hari ulang tahun kelahiran puteri-puteri ku sayang




Anis Najwa
5 Tahun , pada 4 Febuari 2010 ,

















Anis Najihah
4 Tahun , pada 25 Mac 2010 ,

















Anis Nabilah
2Tahun , pada 12 April 2010 ,













Semoga panjang umur, murah rezeki, selamat dunia akhirat amin....

Sunday, April 18, 2010

SEORANG GURU LAMA..... PT2

Pada tahun 2006, aku ditakdirkan bertugas disebuah kawasan yang dikenali sebagai Ubern Villa....
Dan mengambil keputusan tinggal dikawasan berdekatan supaya mudah berurusan ke tempat kerja... rumah nostalgia yang cukup antik...

Nun jauh dihadapan rumah ku itu terdapat landasan, laluan bagi lokomotif mengangkut hasil tuaian buah kelapa sawit ke kilang berhampiran... hampir setiap masa aku serta keluargaku mendengar alunan geseran roda lokomotif dengan landasannya dan ketika itu jugalah soalan sama yang sering terpaksa ku jawab apabila ditanya oleh anakku....bunyi apa tu ayah?

Dan apabila mereka sedikit membesar dan mempunyai naluri ingin tahu, barulah ku tahu akan motif projek guru ku dulu...apabila aku menyusuri landasan tersebut bersama2 anak-anak ku mereka akan bertanya bilakah mereka boleh menaiki lokomotif tersebut...
itulah dia naluri anak-anak yang dilahirkan tanpa perlu merasai jerih payahnya menaiki pengangkutan awam.

Dan pada tanggal Disember 2009, tercapai jugalah hajat mereka untuk menaiki sebuah kenderaan awam yang dinamakan keretapi... alangkah gembiranya riak anak-anak ku menggambar kan sebuah kepuasan dan ketika ini jugalah aku teringatkan kisah seorang GURU LAMA ku dulu... sesuatu yang tak pernah terfikir oleh ku yang dilahirkan di zaman pengangkutan awam adalah penggerak utama...

Trip dari Ipoh menaiki Keretapi ke KL Central, seterusnya menaiki PUTRA LRT ke KLCC dan seterusnya trip menaiki KOMUTER dari KL Central ke Bangi...
Related Posts with Thumbnails