Monday, October 19, 2009

Amboiiii, meriahnya....

Tahniah diucapkan kepada UBERN VILLA CREW... kerana telah berjaya menjayakan program hari HARI KELUARGA UBERN VILLA dengan jayanya.

Tahniah juga di ucapkan kepada Chief de Mission, En. Fadrussham serta jawatankuasa kerjanya atas kecemerlangan kepenganjurannya serta kepengurusannya terhadap program ini.

Pada hari Sabtu dan Ahad yang lalu bersamaan dengan 17 OKTOBER dan 18 OKTOBER 2009 telah berlangsungnya UBERN VILLA FAMILY DAY 2009, di Kalumpang Resort and Training Centre, Tanjung Malim Perak.
Segala aktivitinya diatur secara santai dan amat meriah. Tujuan utamanya adalah untuk merapatkan lagi silaturrahim antara warga UBERN dan warga persekitarannya. Dan alhamdulillah sambutannya amat menggalakkan. Dapat sambutan daripada pengusaha kantin serta PIBG. Terimkasih diucapkan kepada En.Mahmood (Asst. Mgr. Sg. Chawang) serta En.Manaf (Pengusaha Kantin yang amat dikasihi) yang datang bersama keluarga bagi memeriahkan lagi majlis ini.


ape yang penting di sini ialah???? kerjasamaaaa....


Itu adalah sebahagian dari aktiviti Hari Keluarga yang dapat dirakamkam. Apa2 pun Hari Keluarga UBERN VILLA 2009 ni, memang best bak kata orang, rugi kalau tk join.... Harap2 tahun hadapan adalah kesinambungannye.........

Tahniah!Tahniah!Tahniah!................

Monday, October 12, 2009

SEKALUNG TAHNIAH

Tahniah diucapkan kepada adinda bongsuku merangkap the one and only girl in my family, sempena konvokesyen IIUM yang ke 25 pada pada hari Sabtu yang lalu bersamaan dengan 10 Oktober 2009 / 21 Syawal 1430. Ahkhirnya selesailah sudah perjuangan adikku sayang nie untuk menggenggam segulung Ijazah Sarjana Muda Undang2.. tahniah sekali lagi.....











gambar bersama ayahanda dan bonda tercinta....














tergambar keceriaannye... tanda kepuasan



















pose istemewa berlatar belakangkan limo DYMM. Sultan Pahang














seluruh ahli keluarga turut hadir memberikan sokongan moral.....





Apa2 pun Tahniah! Tahniah! Tahniah! di ucapkan.......

SEKALUNG TAKZIAH

Semalam di villa indah ini dikejutkan dengan berita tentang pemergian untuk selama-lamanye ayahanda tersayang kepada Cikgu Redzuan @ Burn, iaitu En. Mohd. Yusof yang juga dikenali sebagai Pak Usop.

Pada sebelah petangnye aku join Samsul, man, manap, lie, kamarul dan ayahandanye utk pergi menjenguk keaadaan Cikgu Burn n familynye kt Ipoh walaupun pada waktu itu masa mungkin tidak mengizinkan kami semua untuk melihat jenazah buat kali yang terakhir.

Ketibaan kami telah disambut oleh cikgu Burn, dan ternyata beliau adalah seorang yang tabah.
Riak wajahnye nampak tenang walaupun masih diselubungi dengan kesedihan. Dan ayat yang yerpacul dari lidah beliau ialah "aku redha dengan pemergiannye". Alhamdulillah..... keredhaan beliau adalah kerana segala proses menyeliakan jenazah sehinggalah dikebumikan berjalan dengan lancar.


Ape2pun diharap Cikgu Burn nie banyak2le bersabar. Semua ini adalah ketentuan tuhan, dan marilah kita sama2 berdoa semoga roh arwah dicucuri rahmat oleh ALLAH s.w.t dan semoga rohnye berada dalam kalangan orang2 yang beriman.... amin

Thursday, October 8, 2009

ANTARA GADIS DENGAN USTAZ

Ini kisah benar..kisah seorang gadis Melayu beragama Islam, tetapi cetek pengetahuan tentang agama. Ceritanya begini, di sebuah negeri yang melaksanakan dasar ‘Membangun Bersama Islam‘, kerap kali pihak berkuasa tempatan menjalankan pemeriksaan mengejut di premis-premis perniagaan dan kompleks beli-belah, untuk memastikan para pekerja di premis berkenaan menutup aurat.

Saya tak pasti berapa jumlah denda yang dikenakan sekiranya didapati melakukan kesalahan, tapi selalunya mereka akan diberi amaran bagi kesalahan pertama, dan didenda jika didapati masih enggan mematuhi garis panduan yang ditetapkan. Lazimnya dalam setiap operasi sebegini, seorang ustaz ditugaskan bersama dengan para pegawai pihak berkuasa tempatan. Tugasnya adalah untuk menyampaikan nasihat secara berhemah, kerana hukuman dan denda semata-mata tidak mampu memberi kesan yang mendalam.

Dalam satu insiden, ketika operasi yang dijalankan sekitar 2005, seorang gadis yang bekerja di salah satu lot premis perniagaan di Sebuah Pasaraya yang terkemuka telah didapati melakukan kesalahan tidak menutup aurat. Maka dia pun kena denda la…setelah surat saman dihulurkan oleh pegawai PBT, ustaz ni pun bagi la nasihat, “..lepas ni diharap saudari insaf dan dapat mematuhi peraturan..peraturan ini bukan semata-mata peraturan majlis perbandaran, tapi menutup aurat ni termasuk perintah Allah.

Ringkasnya, kalau taat segala perintah-Nya, pasti Dia akan membalas dengan nikmat di syurga..kalau derhaka tak nak patuhi perintah-Nya, takut nanti tak sempat bertaubat, bakal mendapat azab di neraka Allah. Tuhan Maha Penyayang, Dia sendiri tak mahu kita campakkan diri ke dalam neraka…”Gadis tersebut yang dari awal mendiamkan diri,tiba-tiba membentak “Kalau Tuhan tu betul-betul baik, kenapa buat neraka? Kenapa tak boleh sediakan syurga je? Macam tu ke Tuhan Maha Penyayang?” Mungkin dari tadi dia dah panas telinga, tak tahan dengar nasihat ustaz tu..dah la hati panas kena denda sebab dia tak pakai tudung...Ustaz tu terkedu sekejap.

Bahaya budak ni. Kalau dibiarkan boleh rosak akidah dia. Setelah habis gadis tu membebel, ustaz tu pun jawab:”Dik, kalau Tuhan tak buat neraka, saya tak jadi ustaz. Berapa sen sangat gaji saya sekarang. Baik saya jadi tokey judi, atau bapa ayam.. hidup senang, lepas mati pun tak risau sebab gerenti masuk syurga… Mungkin awak ni pun saya boleh culik dan jual jadi pelacur. Kalau awak nak lari, saya bunuh je. Takpe, sebab neraka tak ada. Nanti kita berdua jumpa lagi kat syurga..Kan Tuhan tu baik?”Gadis tu terkejut.

Tergamak seorang ustaz cakap macam tu? Sedang dia terpinga-pinga dengan muka confused, ustaz tu pun jelaskan: “perkara macam tadi akan berlaku kalau Tuhan hanya sediakan syurga. Orang baik dan orang jahat, semua masuk syurga..maka apa guna jadi orang baik? Jadi orang jahat lebih seronok. Manusia tak perlu lagi diuji sebab semua orang akan ‘lulus’ percuma. Pembunuh akan jumpa orang yang dibunuh dalam syurga..perogol akan bertemu lagi dengan mangsa rogol di syurga..lepas tu boleh rogol lagi kalau dia nak..takde siapa yang terima hukuman. Sebab Tuhan itu ‘baik’.

Adakah Tuhan macam ni yang kita nak? Awak rasa, adil ke?”; tanya ustaz.“Ah…mana adil macam tu. Orang jahat takkan la terlepas camtu je..” rungut si gadis.Ustaz tersenyum dan menyoal lagi: “Bila tuhan tak adil, boleh ke dianggap baik?”Gadis tu terdiam.Ustaz mengakhiri kata-katanya:”Adik, saya bagi nasihat ni kerana kasih sesama umat Islam. Allah itu Maha Penyayang, tapi Dia juga Maha Adil.. Sebab tu neraka perlu wujud. Untuk menghukum hamba-hamba-Nya yang derhaka, yang menzalimi diri sendiri dan juga orang lain.

Saya rasa awak dah faham sekarang. Kita sedang diuji kat atas dunia ni. Jasad kita bahkan segala-galanya milik Allah, maka bukan HAK kita untuk berpakaian sesuka hati kita. Ingatlah; semuanya dipinjamkan oleh-Nya, sebagai amanah dan ujian..semoga kita dapat bersabar dalam mentaati segala perintah-Nya, untuk kebaikan

Artikel dipetik dari laman klik disini

Thursday, October 1, 2009

RAYA 0H RAYA Part II

Dalam entry yg lepas aku ade citer sket la pasal raya.
Ari nie aku nk cite le skt pasal raya kt Ubern nie. Satu tempat yg unik, yg mana situasi Hari Raya masih lg dirasai kemeriahannye walaupun hari raya 2009 telah menjangkau usia yang ke 13 hari pada hari ini.
Yg best nye kt sini, budak2 yg datang beraya bukan setakat mengharapkan duit raya sahaja, malahan akan bersantap sambil bersantai dengan bersungguh-sungguh. Tu yang rasa seronok sgt tu tgk telatah diaorang nie..
Tahun nie dh masuk tahun ke 4 aku merasai pengalaman beraya kt Ubern nie, walaupun kekadang terasa letih jgutk melayan mereka2 nie tetapi rasa berbaloi jg terasa bahang kemeriahannye...
Walaupun kekadang menu yang dihidangkan adalah menu yg mungkin biasa pada kita tetapi mungkin ade dikalangan mereka ni nyg payah nk jmpa menu tersebut berikutan keaadaan sosioekonomi keluarga mereka. Jadi ini lah peluang bagi diaorang ni nk merasai sedikit kelainan daripada menu rutin mereka pada hari2 biasa..
Ape-ape pn terima kasih ku ucapkan kepada mereka-mereka ini kerana sudi menceriakan dan menghidupkan suasana Aidil Fitri di teratak tercinta ini.....
SELAMA HARI RAYA untuk kalian......
Related Posts with Thumbnails