Monday, October 19, 2009

Amboiiii, meriahnya....

Tahniah diucapkan kepada UBERN VILLA CREW... kerana telah berjaya menjayakan program hari HARI KELUARGA UBERN VILLA dengan jayanya.

Tahniah juga di ucapkan kepada Chief de Mission, En. Fadrussham serta jawatankuasa kerjanya atas kecemerlangan kepenganjurannya serta kepengurusannya terhadap program ini.

Pada hari Sabtu dan Ahad yang lalu bersamaan dengan 17 OKTOBER dan 18 OKTOBER 2009 telah berlangsungnya UBERN VILLA FAMILY DAY 2009, di Kalumpang Resort and Training Centre, Tanjung Malim Perak.
Segala aktivitinya diatur secara santai dan amat meriah. Tujuan utamanya adalah untuk merapatkan lagi silaturrahim antara warga UBERN dan warga persekitarannya. Dan alhamdulillah sambutannya amat menggalakkan. Dapat sambutan daripada pengusaha kantin serta PIBG. Terimkasih diucapkan kepada En.Mahmood (Asst. Mgr. Sg. Chawang) serta En.Manaf (Pengusaha Kantin yang amat dikasihi) yang datang bersama keluarga bagi memeriahkan lagi majlis ini.


ape yang penting di sini ialah???? kerjasamaaaa....


Itu adalah sebahagian dari aktiviti Hari Keluarga yang dapat dirakamkam. Apa2 pun Hari Keluarga UBERN VILLA 2009 ni, memang best bak kata orang, rugi kalau tk join.... Harap2 tahun hadapan adalah kesinambungannye.........

Tahniah!Tahniah!Tahniah!................

Monday, October 12, 2009

SEKALUNG TAHNIAH

Tahniah diucapkan kepada adinda bongsuku merangkap the one and only girl in my family, sempena konvokesyen IIUM yang ke 25 pada pada hari Sabtu yang lalu bersamaan dengan 10 Oktober 2009 / 21 Syawal 1430. Ahkhirnya selesailah sudah perjuangan adikku sayang nie untuk menggenggam segulung Ijazah Sarjana Muda Undang2.. tahniah sekali lagi.....











gambar bersama ayahanda dan bonda tercinta....














tergambar keceriaannye... tanda kepuasan



















pose istemewa berlatar belakangkan limo DYMM. Sultan Pahang














seluruh ahli keluarga turut hadir memberikan sokongan moral.....





Apa2 pun Tahniah! Tahniah! Tahniah! di ucapkan.......

SEKALUNG TAKZIAH

Semalam di villa indah ini dikejutkan dengan berita tentang pemergian untuk selama-lamanye ayahanda tersayang kepada Cikgu Redzuan @ Burn, iaitu En. Mohd. Yusof yang juga dikenali sebagai Pak Usop.

Pada sebelah petangnye aku join Samsul, man, manap, lie, kamarul dan ayahandanye utk pergi menjenguk keaadaan Cikgu Burn n familynye kt Ipoh walaupun pada waktu itu masa mungkin tidak mengizinkan kami semua untuk melihat jenazah buat kali yang terakhir.

Ketibaan kami telah disambut oleh cikgu Burn, dan ternyata beliau adalah seorang yang tabah.
Riak wajahnye nampak tenang walaupun masih diselubungi dengan kesedihan. Dan ayat yang yerpacul dari lidah beliau ialah "aku redha dengan pemergiannye". Alhamdulillah..... keredhaan beliau adalah kerana segala proses menyeliakan jenazah sehinggalah dikebumikan berjalan dengan lancar.


Ape2pun diharap Cikgu Burn nie banyak2le bersabar. Semua ini adalah ketentuan tuhan, dan marilah kita sama2 berdoa semoga roh arwah dicucuri rahmat oleh ALLAH s.w.t dan semoga rohnye berada dalam kalangan orang2 yang beriman.... amin

Thursday, October 8, 2009

ANTARA GADIS DENGAN USTAZ

Ini kisah benar..kisah seorang gadis Melayu beragama Islam, tetapi cetek pengetahuan tentang agama. Ceritanya begini, di sebuah negeri yang melaksanakan dasar ‘Membangun Bersama Islam‘, kerap kali pihak berkuasa tempatan menjalankan pemeriksaan mengejut di premis-premis perniagaan dan kompleks beli-belah, untuk memastikan para pekerja di premis berkenaan menutup aurat.

Saya tak pasti berapa jumlah denda yang dikenakan sekiranya didapati melakukan kesalahan, tapi selalunya mereka akan diberi amaran bagi kesalahan pertama, dan didenda jika didapati masih enggan mematuhi garis panduan yang ditetapkan. Lazimnya dalam setiap operasi sebegini, seorang ustaz ditugaskan bersama dengan para pegawai pihak berkuasa tempatan. Tugasnya adalah untuk menyampaikan nasihat secara berhemah, kerana hukuman dan denda semata-mata tidak mampu memberi kesan yang mendalam.

Dalam satu insiden, ketika operasi yang dijalankan sekitar 2005, seorang gadis yang bekerja di salah satu lot premis perniagaan di Sebuah Pasaraya yang terkemuka telah didapati melakukan kesalahan tidak menutup aurat. Maka dia pun kena denda la…setelah surat saman dihulurkan oleh pegawai PBT, ustaz ni pun bagi la nasihat, “..lepas ni diharap saudari insaf dan dapat mematuhi peraturan..peraturan ini bukan semata-mata peraturan majlis perbandaran, tapi menutup aurat ni termasuk perintah Allah.

Ringkasnya, kalau taat segala perintah-Nya, pasti Dia akan membalas dengan nikmat di syurga..kalau derhaka tak nak patuhi perintah-Nya, takut nanti tak sempat bertaubat, bakal mendapat azab di neraka Allah. Tuhan Maha Penyayang, Dia sendiri tak mahu kita campakkan diri ke dalam neraka…”Gadis tersebut yang dari awal mendiamkan diri,tiba-tiba membentak “Kalau Tuhan tu betul-betul baik, kenapa buat neraka? Kenapa tak boleh sediakan syurga je? Macam tu ke Tuhan Maha Penyayang?” Mungkin dari tadi dia dah panas telinga, tak tahan dengar nasihat ustaz tu..dah la hati panas kena denda sebab dia tak pakai tudung...Ustaz tu terkedu sekejap.

Bahaya budak ni. Kalau dibiarkan boleh rosak akidah dia. Setelah habis gadis tu membebel, ustaz tu pun jawab:”Dik, kalau Tuhan tak buat neraka, saya tak jadi ustaz. Berapa sen sangat gaji saya sekarang. Baik saya jadi tokey judi, atau bapa ayam.. hidup senang, lepas mati pun tak risau sebab gerenti masuk syurga… Mungkin awak ni pun saya boleh culik dan jual jadi pelacur. Kalau awak nak lari, saya bunuh je. Takpe, sebab neraka tak ada. Nanti kita berdua jumpa lagi kat syurga..Kan Tuhan tu baik?”Gadis tu terkejut.

Tergamak seorang ustaz cakap macam tu? Sedang dia terpinga-pinga dengan muka confused, ustaz tu pun jelaskan: “perkara macam tadi akan berlaku kalau Tuhan hanya sediakan syurga. Orang baik dan orang jahat, semua masuk syurga..maka apa guna jadi orang baik? Jadi orang jahat lebih seronok. Manusia tak perlu lagi diuji sebab semua orang akan ‘lulus’ percuma. Pembunuh akan jumpa orang yang dibunuh dalam syurga..perogol akan bertemu lagi dengan mangsa rogol di syurga..lepas tu boleh rogol lagi kalau dia nak..takde siapa yang terima hukuman. Sebab Tuhan itu ‘baik’.

Adakah Tuhan macam ni yang kita nak? Awak rasa, adil ke?”; tanya ustaz.“Ah…mana adil macam tu. Orang jahat takkan la terlepas camtu je..” rungut si gadis.Ustaz tersenyum dan menyoal lagi: “Bila tuhan tak adil, boleh ke dianggap baik?”Gadis tu terdiam.Ustaz mengakhiri kata-katanya:”Adik, saya bagi nasihat ni kerana kasih sesama umat Islam. Allah itu Maha Penyayang, tapi Dia juga Maha Adil.. Sebab tu neraka perlu wujud. Untuk menghukum hamba-hamba-Nya yang derhaka, yang menzalimi diri sendiri dan juga orang lain.

Saya rasa awak dah faham sekarang. Kita sedang diuji kat atas dunia ni. Jasad kita bahkan segala-galanya milik Allah, maka bukan HAK kita untuk berpakaian sesuka hati kita. Ingatlah; semuanya dipinjamkan oleh-Nya, sebagai amanah dan ujian..semoga kita dapat bersabar dalam mentaati segala perintah-Nya, untuk kebaikan

Artikel dipetik dari laman klik disini

Thursday, October 1, 2009

RAYA 0H RAYA Part II

Dalam entry yg lepas aku ade citer sket la pasal raya.
Ari nie aku nk cite le skt pasal raya kt Ubern nie. Satu tempat yg unik, yg mana situasi Hari Raya masih lg dirasai kemeriahannye walaupun hari raya 2009 telah menjangkau usia yang ke 13 hari pada hari ini.
Yg best nye kt sini, budak2 yg datang beraya bukan setakat mengharapkan duit raya sahaja, malahan akan bersantap sambil bersantai dengan bersungguh-sungguh. Tu yang rasa seronok sgt tu tgk telatah diaorang nie..
Tahun nie dh masuk tahun ke 4 aku merasai pengalaman beraya kt Ubern nie, walaupun kekadang terasa letih jgutk melayan mereka2 nie tetapi rasa berbaloi jg terasa bahang kemeriahannye...
Walaupun kekadang menu yang dihidangkan adalah menu yg mungkin biasa pada kita tetapi mungkin ade dikalangan mereka ni nyg payah nk jmpa menu tersebut berikutan keaadaan sosioekonomi keluarga mereka. Jadi ini lah peluang bagi diaorang ni nk merasai sedikit kelainan daripada menu rutin mereka pada hari2 biasa..
Ape-ape pn terima kasih ku ucapkan kepada mereka-mereka ini kerana sudi menceriakan dan menghidupkan suasana Aidil Fitri di teratak tercinta ini.....
SELAMA HARI RAYA untuk kalian......

Tuesday, September 29, 2009

RAYA OH RAYA Part 1

Aku kini dh berada di Ubern Villa yg tercinta nie... setelah sekian lama bercuti..
Kini sampai masanye untuk berhari raya kt tempat yg istemewa nie...
Pada petang Isnin yang lalu, wktu tengah bersantai ngan anak isteri tercinta, terlayanlah satu drama tv yang kalau tk silapnye tajuknye ialah "Sederet Dua Kali Lima" lakonan Rosyam Nor. Pengkesahannye berkisar tentang permasalahan yang sering dihadapi oleh pasangan suami isteri apabila menjelang Hari raya. Menarik juge le cheritenye. Aku layan smpi nk abis juge le.

Kesahnye berkenaan dengan tiga jiran yang berlainan bangsa dan agama yang menghadapi konflik tidak dapat mencapai kata sepakat antara suami dan isteri sempena cuti Aidilfitri nanti..

Di negara kita nie benda ni memang dh jadi perkara biasa dh sejak dari zaman Tok Kadok lg. Itu le isu nye setiap tahun setiap kali menjelang Aidil Fitri. Yg suami nk beraya kt kampung halamannye begitu juga dengan si isteri. Tak capai kata sepakat...... akhirnye beraye le kt kotaraya ataupun ambil keputusan beraya di kampung halaman masing2 secara berasingan.

Tapi kebiasaannye perkara ni terjadi kepada pasangan yang jarak di antara kampung halaman suami dan isteri adalah amat jauh contohnye Johor dan Perlis. Bagi pasangan yg jarak kampung halaman suami dan isteri kurang jauh perkara ni mungkin tidak menjadi masalah besar..

Bagi diri aku, alhamdulillah setakat nie perkara ni tk jadi jadi masalah sebab jarak antara kg aku dan isteri hanya dlm 160km je yg mengambil masa lbh kurang 2 jam je perjalanan. Dan biasanye kalu raye pertama kt kg aku, nnti petang raya ke dua balik le ke kg isteri plak. Begitulah juga sebaliknye... dan kalu cuti panjang sket perbincangan dari masa ke semasa akan di buat...

Ni gmbo kt bawah ni ialah gmbo raya family pada tahun ni..






Nie gmbo raya family sbelah aku...












yg nie plak gmbo family sbelah isteri aku...







Raye tahun nie, raye pertama kt umah keluarga isteri dan raye kedua sblah ptg aku gerak ke rumah kluarga aku plak.
Ape2 pun skrg ni aku tgh sebuk menyambut lebaran kt Villa tercinta ini......

Wednesday, September 16, 2009

Aduhaiii Puteri ku Sayang - Shopping raye Part 2

Di villa indah ini.....

Ari tu aku dh citer pasal si ngah puteriku sayang pasal gelagat die tntang shopping raye ni. Ari nie aku nk citer skt le pasal shopping raye kesinambungan dari shopping raya kt Ipoh dulu.
Kali ni shopping raye brsambung kt Sg.Besar la pulak... kesahnye pula berkaitan dgn Along plak..




ni le dianye si along...





Ari tu ari Isnin, pnye excited nye nk shopping aku bwk along g tmpt niaga dulu dan ngah ikut mamanye ke tmpt niaga(tmpt niaga lain2), dgn tujuan abis je niaga nnti, berbuka pas tu trs g shopping.

Abis je brbuka, tanpa berlengah lg kami trs prgi tmpt yg tlh dirancang, lokasi pertama yg di pilih ialah Pari Textile.. Masuk je kedai tu trs naik tingkat atas ... cari pnye cari, tk jmpe... cadang nk g tmpt lain la plak. Turun semula kt bwh, dan mama kata nk tgk tudung jap. Sambil tu along dan angah main nyorok2 dengan gumbiranya di celah-celahan kain dan tudung yang bergantungan itu...

Along ngan ngah main sakan dan ayahnye memberi sedikit teguran kerana khuatir kegumbiraan akan bertukar menjadi kedukaan.. dan ternyata telahan ayahnye adalah benar.... yang mana tak sampai 5 minit pas tu trdengar bunyi along terjatuh dan menangis.... tp ayah nye buat tk tahu je sbb dh bg teguran td tp tk mahu dngr....

Tk sangka.... tiba2 keaadaan jadi gawat apabila mamanye bersuara " Ya Allah , Berdarahhh" semua jd kelam kabut termasuklah staff dan bos kedai tersebut...


gambar keaadaan Along sewaktu staff2 kt kedai tu memberikan bantuan kecemasan dengan menekup lukanye dgn menggunakan tisu.




Rupa2 waktu Along terjatuh td kepalanye telah terhantuk kt kaki hanger pakaian dan tudung2 td dan terus luka dan berdarah...

Pas tu Boss kedai tu pn menggendung Along dan mengajak ayah dan mamanye utk menghantar Along ke klinik berhampiran. Sampai je kt klinik tersebut Along terus diberikan rawatan serta jahitan sebanyak 3 jarum.....


ni le luka nye, brbalut lg





Abis trgendala segala plan ari tu... hilang mood utk bershopping....
duit shopping plak tk pasal2 g kat doktor tu ....
tapi ape nk dikata.... balik kosong je leeee..

Tradisi di teruskan.....

Di villa indah ini......

Pada hari Selasa yang lalu bertarikh 15 September 2009 bersamaan dengan 25 Ramadhan 1430, geng2 Ubern Crew telah sekali lagi berjaya meneruskan satu agenda tradisi tahunan yang sentiasa mendapat sambutan hangat dikalangan warga Ubern serta rakan2 sekutu yang sewaktu dengannya.. Agenda yang dimaksudkan tersebut ialah majlis berbuka puasa beramai2 di luar kawasan Ubern...tujuannya selain dari bersosial dan membeli belah selepas berbuka ialah untuk mengeratkan silaturrahim antara Ubern Crew n X-Ubern Crew sesama sendiri serta dengan rakan sekutu yang lain. Venue yang telah dipilih D' Muara Resort, Sungai Besar.

Cuma pada tahun ini, ade sedikit pembaharuan iaitu Chief de Missionnye yang baru telah dilantik bagi menggantikan Chegu Bakar @ Burn yang telah meninggalkan bumi Ubern ini awal tahun yang lalu utk berhijrah ke Sg. Petani Kedah. Bukan calang2 orang yang boleh menggantikan kerja Burn ni, sebab Burn nie kerja die kemasssss. Dan bukan senang juga nak menguruskan agenda tradisi ini yang mana telah berjalan lancar sejak beberapa tahun yang lalu..



Tahniah chegu Burn, atas usaha kerasss beliau selama ini terutamanye bg menjayakan agenda tradisi ini.






Aku dah join majlis nie kali yang ketiga, yang mana 2 daripadanya adalah diuruskan oleh Burn iaitu pada tahun 2007 dan 2008.

Pada tahun ni, iaitu tahun 2009 seorang yang dirasakan amat berkelayakan bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Burn telah dilantik. Orang nye tidak lain tidak bukan Chegu G-Apex..


itu lah dia gaya Cheif de Mission ketika memberikan sepatah dua kata ketika majlis berlangsung...
ape2 pn tahniah juga kepada G-Apex kerana berjaya menguruskan perjalanan majlis dgn baik.... (pas ni jd jawatan tetap dan berpencen le)


Majlis telah berlangsung dengan meriahnye......


G-Apex serta anak ikannye...







Z dan man dengan pose istemewanye








thn lps tk nk join.... thn nie dh blh join nmpknye.... nape yee?
smoga brterusan...





senyum jee man nie... lesen penuh le katakan....





Walaupun suasana cukup meriah tetapi ketiaadaan beberapa orang x-crew amatlah dirasai....
Firol, Burn dan Redza.... kalau lah mereka2 ni ada n ditambah pula dgn kehadiran Samsul tk tau le cam ne cerianye lagi majlis tersebut.. dan Lie thanx for your commitment..
Apa2 pn insyaallah moga2 tradisi ini akan diteruskan lagi pada tahun hadapan serta tahun2 yang akan mendatang.....

Monday, September 7, 2009

Aduhai puteri ku sayang.... shopping raya Part 1


Di villa indah ini........

Jumaat dan Sabtu yg lepas aku balik rumah mertua aku kt Ipoh untuk berbuka puasa bersama keluarga serta membeli paralatan bg persiapan menyambut Syawal yg bakal menjelma.

Ari Sabtu tu pagi lg aku dh kluar, anak isteri excited sgt nmpknye nk ber shopping. Ayahnye tk brp excited sgt le sbb confem duit bnyk kluar. Mula2 g Jusco pas tu sambung ke Tesco la plak. Kluar jam 9.00 pg balik kul 4.00 ptg. Dapatlah beli keperluan untuk anak2. Sepasang baju dan kasut setiap orang... Sampai kt umah tok n opahnye, budak2 tu ape lagi tk sabar2 nk tunjuk kt tok n opahnye baju n kasut yg tlh di beli tadi....

Jd dgn bangganye puteri2 ku menggayakan pakaian tersebut kt dpn opah ngan toknye....
Sambil tu mulut tk brhenti2 brcakap pasal pakaian tersebut... sedang asyik mereka beraksi opahnye saje2 le bertanya...

Opah : Amboiiii, cntknye kasut...
Ngah : Memanglaa, warna pink lagi. Ni mama yg beli untuk ngah, along ngan bella.
Opah : Tak de ke belikan opah satu..
Ngah : Hmmm tk de..
Opah : Nape ngah tk belikan opah satu?
Ngah : Sume kasut kecik je. Tk de kasut yg beso...

Pas tu dia sambung lagi..
Ngah : ade satu je kasut beso, itupun buruk sangat.....

Terdiam le opahnye.. sambil menahan gelak...
Opah : hai budak ni kalu bercakapppp bijak beno, spontan je...

itu le kisah puteri ku sayang si Ngah tu. berumur 4 thn tp keletah sgt. Gelagatnye sering membuat kn kami tk kering gusi...

Thursday, September 3, 2009

Sekadar Satu Peringatan

Awan sedikit mendung, ketika kaki kaki kecil Yani berlari-lari gembira di atas jalanan menyeberangi kawasan lampu merah Karet.

Baju merahnya yg besar melambai-lambai di tiup angin. Tangan kanannya memegang ice-krim sambil sesekali mengangkatnya ke mulutnya untuk dicicapi, sementara tangan kirinya mencengkam Ikatan sabuk celana ayahnya.

Yani dan Ayahnya memasuki wilayah pemakaman umum Karet, berputar sejenak ke kanan & kemudian duduk Di atas tembok nisan "Hj Rajawali binti Muhammad 19-10-1915: 20- 01-1965"

"Nak, ini kubur nenekmu mari Kita berdo'a untuk nenekmu" Yani melihat wajah ayahnya, lalu meniru gaya tangan ayahnya yg mengangkat ke atas dan ikut memejamkan mata seperti ayahnya. Ia mendengarkan ayahnya berdo'a untuk Neneknya...

"Ayah, nenek waktu meninggal umur 50 tahun ya Yah." Ayahnya mengangguk sambil tersenyum, sambil memandang pusara Ibu-nya.

"Hmm, bererti nenek sudah meninggal 42 tahun ya Yah..." Kata Yani berlagak sambil matanya mengira dan jarinya berhitung. "Ya, nenekmu sudah di dalam kubur 42 tahun ... "

Yani menoleh kepalanya, memandang sekeliling, banyak kuburan di sana . Di samping kuburan neneknya ada kuburan tua berlumut "Muhammad Zaini: 19-02-1882 : 30-01-1910"

"Hmm.. Kalau yang itu sudah meninggal 106 tahun yang lalu ya Yah", jarinya menunjuk nisan bersebelahan kubur neneknya. Sekali lagi ayahnya mengangguk. Tangannya terangkat mengusap kepala anak satu-satunya.. "Memangnya kenapa ndhuk( anak perempuan) ?" kata sang ayah menatap teduh mata anaknya... "Hmmm, ayah kan semalam bilang, bahwa kalau kita mati, lalu di kubur dan kita banyak dosanya, kita akan disiksa dineraka" kata Yani sambil meminta persetujuan ayahnya. "Iya kan yah?"

Ayahnya tersenyum, "Lalu?"
"Iya .. Kalau nenek banyak dosanya, berarti nenek sudah disiksa 42 tahun dong yah di kubur? Kalau nenek banyak pahalanya, berarti sudah 42 tahun nenek senang dikubur .... Ya nggak yah?" mata Yani bersinar keranana bisa menjelaskan kepada Ayahnya pendapatnya.

Ayahnya tersenyum, namun sekilas tampak keningnya berkerut, tampaknya cemas ...... "Iya nak, kamu pintar," kata ayahnya pendek.

Pulang dari pemakaman, ayah Yani tampak gelisah Di atas sajadahnya, memikirkan apa yang dikatakan anaknya... 42 tahun hingga sekarang..... kalau kiamat datang 100 tahun lagi...142 tahun disiksa .. atau bahagia dikubur .... Lalu Ia menunduk ... Meneteskan air mata....

Kalau Ia meninggal .. Lalu banyak dosanya ...lalu kiamat masih 1000 tahun lagi berarti Ia akan disiksa 1000 tahun?
Innalillaahi WA inna ilaihi rooji'un .... Air matanya semakin banyak menitis, sanggupkah ia selama itu disiksa? Iya kalau kiamat 1000 tahun ke depan, kalau 2000 tahun lagi? Kalau 3000 tahun lagi? Selama itu ia akan disiksa di kubur. Lalu setelah dikubur? Bukankah Akan lebih parah lagi?
Tahankah? padahal melihat adegan pameran dipukuli masa di tv kemarin ia dah tak tahan?

Ya Allah... Ia semakin menunduk, tangannya mengangkat, setinggi bahunya naik turun tak teratur...... air matanya semakin membanjiri pipi dan janggutnya…

"Allahumma as aluka khusnul khootimah".. berulang Kali di bacanya DOA itu hingga suaranya serak ... Dan ia berhenti sejenak ketika terdengar batuk Yani.

Dihampirinya Yani yang tertidur di atas dipan Bambu.. Di betulkannya selimutnya. Yani terus tertidur.... tanpa tahu, betapa sang bapak sangat berterima kasih padanya karena telah menyadarkannya arti sebuah kehidupan... Dan apa yang akan datang di depannya....

"Yaa Allah, letakkanlah dunia ditanganku, jangan Kau letakkan dihatiku..."

Sebarkan e-mail ini ke saudara-saudara Kita, mudah-mudahan bermanfaat.. .

"Sebarkanlah walau hanya 1 ayat"

Monday, August 31, 2009

Raya oh Raya , Puasa oh Puasa

Di villa indah ini....

Letih... lesu.... lapar..... dahaga.... ngantukkkkk...
Ni la yg slalu berlaku kpd aku setiap tahun bila menjelang satu bulan yang dinamakan Ramadhan Al-Mubarak..

Ari ni aku nk cerita la skt pasal aktiviti yang aku lakukan setiap tahun bila menjelma nye bulan tersebut..
Kesahnye pasal Bazaar Ramadhan, tu yg dlm blog Firol tu ade cite pasal Ramadhan General..
Boleh dikatakan aku dh terlibat dgn Bazaar Ramadhan ni hampir 10 thn kalu tk silap..
Ingat tahun ni nk relax skt, tp memandangkan kegawatan ekonomi rumah tangga ni, terpaksalah ku pendamkan saje hasrat ini....

Jadi seperti biasa aku meneruskan agenda tahunan aku di tempat yg sama iaitu di Sg. Panjang, Selangor....

Kul 3.00 ptg siap isi brg niaga dlm MPV....








ni le dia MPV kesayangan aku... dh 8 tahun aku pakai, banyak dia pnye sentimental value.
satu pilihan yang bijak...


mampu mengisi 6 balang air dan
4 beg ais batu..





3.30 ptg perjalan bermula ke tempat operasi



kelajuan biasa sekiranya mengikut jadual yg tlh dirancang




aduhai!!!! ni yg tk lalu ni... org nk cpt, jam la plak
p@#$*k, s**t , h@#$m j@#$h , opps bulan puasa nie brader!!!!
ok! ok! sabar....

pas ni kena pecut 120km/h le nmpknye...




sampai jg akhir nye....
ni le die tmpt aktiviti aku tu br langsung
tiba kul 4.15 ptg






ni le aku pnye meja n payung...





ok dh selesai menyusun, dan ready untuk melakukan transaksi bermula jam 4.30 ptg

menu :
1. air cendol 2. Mata kucing 3. Jagung 4. Asam Boi 5. Teh Bunga
6. Tembikai Susu


menjelang kul 7.00 ptg.......


alhamdulillah.........
beressss....




tk sabar nk blk rumah..
tapi....... alamak pancit la plak...



anggaplah cubaan serta peringatan dari ALLAH s.w.t....




berbuka seorang diri dibazar ramadhan sambil menunggu bantuan tiba.... akhirnya sampai dirumah jam 8.40 mlm. (ni special kes la......) kalu tk kul 7.30 ptg dh smpi umah dh....

Wednesday, August 19, 2009

Inilah Duniaku (Part 2)

di villa indah ini

Ari ni ade free skt, jd jenguk jap blog kawan2. jenguk pnye jenguk masuk entry kt blog arnies.
Tgk tajuk ckgu nuar dgn geng bas musim baru.... ..
pas tu dpt idea untuk entry aku kt blog ni....

Berkaitan dgn bas sekolah ni le....
Sepanjang pengamatan aku kt daerah hilir perak ni, sekolah harian yg tk terlibat dgn bas sekolah ialah SMK. Sg. Manik. muridnye dtg n balik naik basikal ataupun motorsikal je.

Ari tu dlm entry aku, ade cerita pasal mode of transport that link between 2 states. Tp ari ni aku nk citer skt pasal bas skolah kt Ubern Villa ni. Kt ubern villa ni ade beberapa kelompok murid yg datang dari kawasan yg berlainan yg datang belajar kt sini.

Yg dtg dari negeri selangor tepaksa menaiki feri utk sampai ke sekolah....









Yang dari kelompok lain ada yang datang menaiki bas sekolah........




inilah dia bas sekolah yang mengangkut murid dari kawasan mereka ke Ubern Villa ini...





Tapi yg ni ape pulak?????? kt mana ni???


inilah yg akan berlaku di ubern villa ni kalu bas sekolah yg td tu rosak...







Tapi demi untuk menuntut ilmu....
lihatlah aksi anak2 didik ini...



lihat lah wajah mereka, masih ceria walaupun boleh lah dikatakan berada dalam kesulitan......






berada dalam keaadaan rela dalam keterpaksaan... ape nak dikata...walaupun bearda dalam keaadaan yg tidak kondusif..





masih mampu untuk memberikan pose yg istemewa walaupun terpaksa behimpit dimpit antara lelaki dan perempuan, warga tempatan serta warga pendatang....




Survey yang telah dibuat secara umum mengatakan bahawa perjalanan sehala dari lokasi mereka ke Ubern Villa ialah sejauh 15 kilometer. Jika sebelum ini mereka terpaksa bangun pada pukul 5.30 pagi dan akan sampai kesekolah pada pukul 7.15 pagi dengan menaiki bas sekolah, cuba bayangkan pula dengan situasi ini. Agak2nye lah pukul berapakah mereka perlu bangun pada pagi hari supaya mereka boleh sampai ke sekolah pada masa yang sama.

Pernah pada suatu ketika dahulu mereka terpaksa datang dan pulang dengan menaiki pengangkutan tersebut slama lebih kurang 2 minggu akibat kerosakan yang dialami oleh bas sekolah tersebut. Ditambah pula dengan keaadaan jalan yang tidak begitu kondusif (jalan tanah merah) . Ini belum lagi pada hari hujan melanda??? Bayangkannnnnnnn...

Situasi ni di rakam kan pada hari Jumaat selepas sembahyang Jumaat. Ari Jumaat sekolah abis pukul 12.05 t.hari sepatutnye pukul 1.00 mereka dh ade kt umah masing-masing... tapi kena tunggu smpi kul 2.00 br nk gerak balik, sbb kena tunggu warga asing tu abis sembahyang utk balik bersama. Kul berap mereka smpi kt umah, aku tk tahu... mungkunplg awal pn pukul 3.30 p.m. What a wasting of time....... sepatutnye mereka sudah boleh berehat panjang kt umah dh.

Tapi akhirnya aku terpaksa akur dengan keaadaan.....
Situasi mereka ini masih jauh lebih baik jika dibandingkan dengan sesetengah kes yang lain either in Malaysia itself or foreign country ..

Cuma harapan janganlah hendaknya situasi seperti dibawah ini akan berlaku kepada mereka ataupun umat Malaysia yang bernaung di bawah panji-panji satu malaysia.....
-
-
-
-
-





kt mane ni yek??????

aku pun tak tahuuuuuu.....











wallahhualam........

IKLAN JAWATAN KOSONG

Subject: Iklan Jawatan Kosong

Temuduga Sebagai : Calon Jenazah

SEMUA AKAN DIKEHENDAKI HADIR TANPA SEBARANG PENGECUALIAN

KEKOSONGAN JAWATAN:
A. Ahli Syurga Dari Awal.
B.. Ahli Neraka Dari Awal.
C. Ahli Neraka Sementara Kemudian Akan Dila ntik Jadi Ahli Syurga.

EMPAT GANJARAN LUMAYAN (khas untuk jawatan A):
1. Nikmat kubur..
2. Perlindungan di Padang Mahsyar.
3. Keselamatan Meniti Titian Sirat.
4. Syurga yang kekal abadi.

TARIKH TEMUDUGA:
Bila-bila masa secara adhoc bermula dari saat membaca iklan ini.

LOKASI TEMUDUGA:
Di dalam kubur (alam barzakh).

KELAYAKAN:
Anda tidak perlu bawa siji-sijil,termasuk sijil saham termasuk saham Internet.
Anda tidak perlu bawa pingat , Mercedes mata belalang atau kad kredit.
Anda tidak perlu bawa wang atau harta serta emas yang anda kumpul.
Anda tidak perlu berparas rupa yg cantik, hensem atau berbadan tegap atau seksi.
Sila bawa dokumen asal iaitu : Iman dan Amal serta sedekah jariah sebagai sokongan.

PANEL/PENEMUDUGA:
Mungkar dan Nakir.

ENAM SOALAN BOCOR:
1. Siapa Tuhan anda?
2. Apa Agama anda?
3. Siapa Nabi anda?
4. Apa K ita b anda?
5. Di mana Kiblat anda?
6. Siapa Saudara anda?

CARA MEMOHON:

Anda cuma perlu menunggu penjemput yang berkaliber untuk menjemput anda. Ia akan menjemput anda pada bila-bila masa saja (mungkin sekejap lagi). Ia akan berlembut kepada orang-orang tertentu dan akan bengis kepada orang-orang tertentu.

Ia diberi nama Izrail.

TIPS UNTUK BERJAYA DALAM TEMUDUGA TERTUTUP INI:
Hadis Hasan yang diriwayatkan oleh Ahmad Hanbal, yang bermaksud begini:

Sabda Rasulullah S.A.W:
'Sesungguhnya apabila jenazah seseorang itu diletakkan di dalam kuburnya, sesungguhnya jenazah itu mendengar suara (terompah kasut) orang-orang yang menghantarnya ke kubur pada saat mereka meninggalkan tempat itu. Jika mayat itu seorang muslim, maka solat yang dilakukannya ketika beliau masih hidup di dunia akan diletakkan di kepalanya, puasanya diletakkan disebelah kanannya, zakatnya diletakkan di sebelah kirinya dan amalan kebajikan daripada sedekahjariah, silaturrahim, perkara kebajikan dan ihsan diletakkan dihujung dua kakinya.' Ia akan didatangi malaikat dari aras kepala, maka solat itu berkata kepada malaikat : dari arasku tidak ada jalan masuk. Kemudian malaikat berpindah ke sebelah kanan, maka puasa berkata kepadanya : dari arasku tidak ada jalan masuk. Kemudian malaikat berpindah kesebelah kiri, maka zakat berkata kepadanya : dari arasku tidak ada jalan masuk.
Kemudian di datangi dari arah kedua hujung kakinya dan berkatalah amal-kebajikan : di bahagianku tidak ada jalan masuk. Maka malaikat berkata kepadanya : Duduklah kamu. Kepadanya (mayat) memperlihatkan matahari yang sudah mula terbenam, lalu malaikat bertanya kepada mayat itu : Apakah pandangan kamu tentang seorang laki-laki (Muhammad) yang kamu dahulu sentiasa bercakap tentangnya; dan bagaimana penyaksian kamu kepadanya? Maka berkata mayat itu : Tinggalkan aku sebentar, aku hendak sembahyang. Maka berkata malaikat : Sesungguhnya engkau akan mengerjakan solat (boleh saja solat) tetapi jawab dahulu apa yang kami tanya ini. Apakah pandangan kamu tentang seorang laki -laki (Muhammad) yang kamu dahulu sentiasa bercakap tentangnya; dan bagaimana penyaksian kamu kepada nya? Maka berkata mayat itu: Laki-laki itu ialah! Nabi Muhammad S.A.W dan aku naik saksi bahawa nabi Muhammad saw itu ialah pesuruh Allah yang membawa kebenaran daripada Allah Subhanahu Wata'ala. Maka malaikat berkata kepada mayat itu : Demikianlah kamu dihidupkan dan begitu juga kamu dimatikan dan dengan demikian juga kamu dibangkitkan semula diakhirat insya'Allah. Kemudian dibuka baginya satu pintu syurga, maka dikata padanya itulah tempat kamu dan itulah janji Allah bagi kamu dan kamu akan berada di dalamnya. Maka bertambahlah gembira mayat itu. Kemudian dilapangkan kuburnya seluas 70 hasta dan disinari cahaya baginya'.

Sila war-warkan tawaran jawatan kosong ini kepada semua sahabat.

Wallahu-a'lam. Semoga berjaya dalam temuduga ini.

Tuesday, August 18, 2009

Oh benarkah......apa yang dikata

Di villa indah ini.....

Hari ni terbaca satu artikel kt Harian Metro berkaitan dengan Kursus Perguruan Lepasan IJazah (KPLI). Topik yang diutarakan ialah berkaitan dengan tempoh program itu dilaksanakan.
Buat masa ini tempoh masa bagi perlaksanaan program tersebut adalah selama 1 tahun ataupun 12 bulan . Dan ada cadangan untuk dilanjutkan lagi tempoh pengajiannya menjadi 1 1/2 tahun ataupun 18 bulan, dengan alasan supaya keluaran KPLI ni berada dalam keaadaan lebih bersedia apabila turun ke sekolah kelak.

Dalam artikel tersebut mengupas tentang kewajaran untuk lanjutan tempoh kursus tersebut, dan memberikan respon yang agak baik dan positif tentang lepasan lepasan KPLI yang sedang berkhidmat diserata sekolah di pelusuk negara ketika ini. Dan mengatakan tempoh 12 bulan adalah sudah memadai bagi mengikuti kursus tersebut dan tidak perlu dilanjutkan sehingga sehingga ke 18 bulan.

Mari kita imbas sejenak.......
Pada masa KPLI ni diperkenalkan suatu masa dahulu, tujuannya adalah untuk menampung
kekurangan guru yang pada suatu masa dahulu berada dalam keaadaan yang amat kritikal.
Dan pada masa tersebut syarat untuk mengikuti kursus ini adalah sedikit longgar, berikutan kurangnya minat para graduan IPT untuk menjadi guru selepas tamatnye pengajian mereka. Dan pada masa tersebut peluang pekerjaan di sektor swasta amatlah terbuka luas dan menjanjikan habuan yang lebih lumayan jika dibandingkan dengan penjawat awam.

Pada waktu tersebut, ada sesetengah kes yang mana sekiranya seseorang itu ditawarkan untuk mengikuti program KPLI dan mereka tidak berminat, surat tawaran mereka boleh diberikan kepada orang lain seperti adik beradik ataupun rakan taulan untuk mengisi kekosongan tersebut secara automatik.

Persoalannya disini, apakah maksudnye dengan "berada dalam keaadaan lebih bersedia apabila turun ke sekolah kelak." Pelbagai tafsiran yang boleh dibuat daripada frasa tersebut.
Daripada keluaran sulung hinggalah ke hari ini, pelbagai penilaian yang telah dibuat kepada puak-puak KPLI ni.... yang paling kerap didengar ialah .... KPLI kurang kualiti, KPLI tk tahu buat kerja, KPLI itu lah KPLI ini lah... dan macam-macam lagi. Malahan ada dikalangan guru sendiri yang melabelkan keluaran KPLI ni adalah Guru Mee segera... adakah penilaian ini di buat secara rasional atau atas dasar emosional. Dan yang ketara sekali ialah persoalan ini mulai timbul dengan kerapnya apabila wujudnya keluaran KPLI (Sekolah Rendah).

Pada masa ini kita memang akui, bahawa faktor kegawatan ekonomi dan pengangguran adalah salah satu penyebab larisnya borang permohonan untuk mengikuti program KPLI ni seperti larisnya goreng pisang panassss.Tetapi sekarang ni syarat kelayakkannye telah dperkemas dan diperketatkan lg. Boleh dikatakan setiap kali program ditawarkan, adelah sekitar dalam 60 000 orang yang menjadi pemohon bagi mengisi 2000 tempat yang di sediakan. Jadi ada diantara mereka ini yang menjadi guru atas dasar pengangguran dan kegawatan ekonomi ataupun dalam kata lain dh tk ade pilihan.

Tapi adakah benar mereka-mereka ini tidak perform, tidak commit seperti yang sering kita dengar apabila mereka turun ke sekolah. Apakah dengan ilmu yang mereka timba selama 5 tahun di IPT dan 1 tahun di IPG ini tidak mencukupi sehingga perlu ditambah lagi 6 bulan tempoh pengajiannya di IPG???Mungkin juge benar .... mungkin juga tidak..... Tetapi ape yang dapat aku lihat............................ ini mungkin sekadar pandangan peribadi aku sahaja.

Aku melihat dari satu skop yg kecil di Ubern Villa ni, ade keluaran KPLI 2004, 2005 dan 2007. Semuanya ok je kecuali ............ itupun kalau dinisbahkan menjadi 13% je. Tk de satu pun ungkapan yang sering dilabelkan kepada puak2 KPLI ni yang boleh diguna pakai untuk guru2 KPLI kt Ubern Villa ni kecuali yg 13% td. Tp ada jg sedihnye.... bukan nk mengumpat apatah lg mengata kerana adalah seorang daripada yang ramai2 td tu yg boleh dilabelkan dan di ibaratkan sebagai kerana nila setitik habis susu sebelanga ataupun seekor kerbau membawa lumpur habis terpalit semuanye.
Kepada guru yang berkenaan tolonglah berpijak di bumi nyata, jgn nmpk mcm bagus tp hancussssss. Di mana bumi berpijak disitulah langit dijunjung. Kalau tk tahu jgn lah malu bertanya, jgn jadi sombong bodoh, nampak bijak tapi hampehhhhhh bla,bla,bla....... sebelum isu jd lebih panas dan akhirnye MELETUPPPPP!!!!!!!!!! Ingatlah tentang tanggungjawab yang diamanahkan kepada kita.... ingatlah tentang perjanjian yg telah kita buat sebelum mengikuti kursus di maktab dahulu, ingatlah kita tentang akujanji yang telah kita buat dulu sewaktu hendak menjadi seorang guru, ingatlah ingatlah ingatlah dan muhasabahlah...........

Dan satu lagi yg perlu diingatkan ade suara2 yang mengatakan yg KPLI ni harap gaji je tinggi, tp tk tau bt kerja. Untukpengetahuan suara2 tersebut, yg ini tidaklah perlu dipertikaikan kerana itu adalah dasar Perkhidmatan Awam Malaysia yang mana setelah mereka belajar selama 5 tahun di IPT dan 1 tahun di IPG itulah yang melayakkan mereka untuk menikmati faedah yg telah disediakan tersebut....

wallahhualam.....................

Tuesday, August 11, 2009

Kekuasaan ALLAH s.w.t























Lihat lah betapa hebatnya kekuasaan Allah s.w.t. Walaupun kenderaan tersebut terbakar hangus tetapi mukjizat yang ditinggalkan oleh Nabi Muhammad s.a.w kepada umatnya masih terpelihara tidak hangus bersama.

Thursday, August 6, 2009

aduhaiiii... puteri ku sayang....

ari ni rase boring je, tk tahu nape asyik teringat gelagat anak2 kt umah. Ape agaknye sedang mereka lakukan skrg ni yek???

apa lagi capai laptop,cari gmbo deme. Bila dh tgk gmbo deme ni terus rasa nk mengarang la plak..

Anis Najwa
Ni puteri ku sayang yang sulung. Panggilan Along (Wawa). Was born in 2004, di lahirkan kat Pusat Perubatan Kg. Baru, Kuala Lumpur. Waktu lahir aduhaiiii, ayahnye tk dapat nk bersama sbb wktu tu ayahnye sedang berkursus kt Teluk Senangin. Mama die miss call 36X masa nk bersalin..... bila ayahnye sampai, di dh selamat dilahirkan. Pas tu duduk ngan mama dia selama 1 tahun setengah kt Pandan Jaya sbb ayahnye sdg belajar selama 1 tahun kt Bukit Mertajam. Tiap2 ari mama dia usung ulang alikke Kg. Baru naik LRT, aduhaii. Jumpa ayah dia seminggu sekali je waktu tu..sian die....
sekarang ni die dh brumur 5 tahun, dh masuk pra sekolah dh.. tp sangat sensitif orangnye.. mudah menangis. Tk tau le mngkin duduk brjauhan dgn ayahnye lama sangat kot...tu yg jadi cam tu kot..


Anis Najihah
Ni puteri aku yang kedua. Panggilan angah(e-are). Was born in 2006. Dilahirkan di Hospital Teluk Intan. Masa Mama dia mengandung masih duduk kt KL lagi, masih duduk berasingan dengan ayahnye sbb masa tu ayahnye kerja kt Ubern Villa. Sian mama die, dah le kendong along pas tu dgn angah yg kt dlm perut lg. Masa tu trpksa le mama dia pindah kt Kg. Baru, dekat le skt dgn tmpt kerja. Lepas bersalin, dh abis pantang mamanye ambil keputusan berenti kerja dan duduk bersama dgn ayahnye kt ubern villa. Ngah ni budak hyperaktif, kadang2 tu nakal sangat.. tp menghiburkan..








Anis Nabilah
Ni Puteriku sayang yang ketiga. Yg last le but not least. Panggilan Adik(Bella). Was born in 2008, kt spital Teluk Intan juge. Die ni smuenye lambat, umur 1 tahun baru tau nk makan. Umur 1 tahun 3 bulan baru nk belajar berjalan. Tapi dia pnye nakal cam angah die juge.










Itu lah dia puteri ku syang...
yang menceriakan kehidupan kami sekeluarga...





Related Posts with Thumbnails