Tuesday, November 16, 2010

KLSR VS KSSR

Sistem pendidikan Negara kita semakin melangkah maju kehadapan nampaknye.... waktu aku belajar dulu aku berada dalam sistem KLSR (Kurikulum Lama Sekolah Rendah) waktu tu hanya ada satu cara komunikasi iaitu komunikasi satu hala...semua input dari guru.

Kemudian diperkenalkan pula KBSR (Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah) maka wujudlah pula sistem komunikasi dua hala...bukan hanya guru sahaja yang bercakap....

Dan yang terkini...KSSR (Kurikulum Standard Sekolah Rendah) pula diperkenalkan...makna nye murid sekarang semakin hebat la agaknya....

Waktu aku sekolah dulu buku teks nye simpel sahaja...amat mudah difahami dan mudah dingati...walaupun setelah melebihi 30 tahun aku meninggalkan bangku Darjah 1, tapi masih ada bait-bait perkataan serta isi kandungan buku teks yang masih melekat dalam ingatan aku sehingga kini....dan menjadi kenangan yang cukup indah buat aku, mungkin juga rakan-rakan yang seangkatan dengan ku...

Tulisan ini aku coretkan setelah berlaku satu peristiwa antara aku dengan anak-anak ku yang berumur 5 & 6 tahun yang baru menduduki bangku pra sekolah....
Waktu tu tgh bersantai sambil mendengar dan melayan kerenah anak-anak ku mengeja patah-patah perkataan yang terdiri daripada dua suku kata....

Waktu tu aku pun bukak le cerita pasal masa aku belajar di Darjah 1 dulu....
Aku kata dulu ayah belajar

"Ini Ayam,
Ini Ayam Jantan,
Ayam Jantan ini Cantik"

Along n Angah lantas tersenyum......
Pas tu aku sambung lagi.....

"Anjing Mengejar Kucing,
Kucing Mengejar Ayam,
Ayam terbang"

Habis sahaja ayat yang terakhir terus secara spontan Along menanyakan soalan.....
Along : Eh.....ayam boleh terbang ke?....bukan burung je ke yang boleh terbang...
Ayah : ....(terkedu).....ayam boleh terbang sikit2 je...
Angah: Kenapa anjing tu nak kejar kucing???
Ayah : Anjing tu nak makan kucing...
Angah: Aik....anjing bukan makan tulang ke????
Ayah : ???????
Along : Yang kucing tu nk makan ayam le?
Ayah : Ye le...tu sebab dia kejar tu...
Along : Aik....kucing bukan makan tikus ke????
Ayah : ???????

Peristiwa tu berlaku dihadapan nenek mereka sambil diikuti oleh gelak ketawa Mak aku...
Nampaknye selepas 30 tahun....apa yang aku belajar dulu dh tak relevan lagi dgn situasi masa kini....

Itu anak aku yang tinggal dikampung......bagaimana pula anak-anak yang tinggal dibandar yang hanya kenal ayam daging yang tidak pernah lepas berkeliaran....

Dan mungkin juga bagi bg budak2 lain....persoalan terakhir yang diajukan oleh si Along tadi akan berbunyi seperti ini " Aik....kucing bukan makan friskis ke????

Inilah satu cabaran bagi mereka yg dididik dalam sistem KLSR dan kini dipertanggungjawabkan pula mendidik anak bangsa dalam sistem KSSR....wallahualam....

Wednesday, August 11, 2010

RAMADHAN INI......

Ramadhan pada kali ini memberikan banyak makna kepada ruang sejarah dalam hidupku ini...

Setelah hampir 5 tahun menghuni bumi UBERN yang bertuah ini...maka pada tanggal 1 Ramadhan 1431 hijrah / 11 ogos 2010 akhirnya tercapai juga hajat aku untuk menunaikan ibadat tersebut buat pertama kalinya di UBERN Villa yang tercinta ini... apatah lagi bukan setakat menunaikan ibadah puasa malahan dapat berbuka puasa bersama2 anak2 serta isteri tercinta...

Sejarah juga tercipta buat diriku apabila setelah hampir 5 tahun menjadi warga UBERN maka inilah kali pertama aku berkesempatan menunaikan Solat Tarawih di Masjid Ubern.....

Macam tak percaya rasenya.....tapi itulah kenyataannya....sepanjang 4 tahun yang lepas KESIBUKKAN DUNIAWI menyebabkan aku terlepas pandang tentang perkara2 diatas...

Ramadhan kali ini juga cukup istemewa bagi diri aku...kerana dua orang PUTERI ku mula belajar berpuasa... Si Along yang berusia 5 tahun dan Si Angah yang berusia 4 tahun.... cukup bersemangat untuk berpuasa berdasarkan tontonan serta pengaruh cerita UPIN & IPIN dalam slot puasa....

Cukuplah sekadar sampai tengah hari mereka berpuasa kata ku kepada isteri tercinta pada hari pertama tersebut ketika keluar rumah utk menghantar puteri2 ku ke Pra Sekolah....dan sesuatu yang amat menakjubkan dan yang tidak disangka Along mampu bertahan sampai ke waktu berbuka ....alhamdulillah tinggi serta kuat semangatnya....tahniah Si Along.... bagi Si Ngah pula adalah sesuatu yang amat menyiksakan bunyinya.... selepas pukul 1 tengah hari selang setiap 15 minit maka terpacullah jeritan dialog yang sama..."aduhhh...ngah dah laparrrr sangat nihhh..." ngah tak kira...ngah nak makan jugakkkk..."...

Maka setiap 15 minit berselang lah antara dialog ngah tadi serta pujuk rayu dari kedua ibu bapanya meminta supaya Ngah bertahan.... berjaya juga le strategi pujukan tersebut sehinggalah pada pukul 6.30 petang...terjadilah satu adengan yang tidak mampu untuk dilihat.... Si Adik...Bella (2 tahun) lalu disisi Ngah yang sedang terbaring kelesuan dengan memegang sekeping keropok ditangannya... seperti iklan Chipsmore.... "kejap ade kejap tak ade" maka dengan sepantas kilat keropok tersebut bertukar tangan dan dengan serta mertanya lesap di dalam mulut Ngah.... maka tamat lah rawayat puasa si Ngah pada jam 6.30 ptg itu...

Dan seperti biasa janji yang sama juga diberikan....."esok Ngah ngan Along akan puasa sampai waktu berbuka".......
Hari ini hari yang kedua berpuasa.....maka tunggu dan lihatlah hasil pencapaiannye pada hari ini.... moga-moga berjaya lah hendaknya.....insyallah...

wallahualam...

Saturday, June 26, 2010

PUTERIKU SAYANG - SPORTS DAY

Pada hari ini KHAMIS 24 JUN 2010...
boleh dikatakan hari yang bersejarah jugale buat puteri2 ku sayang....

UBERN's Sports Day...what a wonderful day an event...
bukan apa...ini merupakan buat julung kalinya mereka mengambil bahagian dalam acara sukan....

Acara khas untuk PRE Skool....

Along.....





ngah....cari ape tu???












Bella pn dtg bagi sokongan moral....






Ape yang penting.....
Puteri2 ku sayang happy.........

Monday, June 21, 2010

BAPA MITHALI

Aduhai....
lihatlah bapa2 mithali ini....

kt mana nie??
Boleh jumpa hanya kt UBERN je...













Siapa lah budak yang bertuah nie...

Thursday, June 17, 2010

CUTI-CUTI MALAYSIA (NEGERIKU TERCINTA) aka Percutian Budget...

Macam biase le apabila cuti sekolah menjelang tiba.....
Merancang percutian...mmg sesuatu yg memerlukan kesabaran dan ketelitian...
nk bercuti ke tempat yg best2, memerlukan perbelanjaan yg agak besar juga, barulah seronok...
tp bajet tgh kurang!!! cam ne nie.... tertekan nie...

akhirnya...... keputusan di ambil.....

CUTI-CUTI MALAYSIA (NEGERIKU TERCINTA) aka Percutian Budget...

moh kite ke Lenggong, Perak....






TAMAN REKREASI LATA KEKABU, LENGGONG







MUZIUM ARKEOLOGI LENGGONG - A Story of a PERAK MAN





peh tu moh kite ke IPOH...

TAMAN REAKRASI GUNUNG LANG...










Ape yang penting....anak2 rasa puas....
Save budget......
dan tak miss World Cup live telecast......

Thursday, April 29, 2010

RENUNG-RENUNG KAN LAH WAHAI SAHABAT2 KU

KURANG AJAR...! Pameran 'seni' yg berlangsung di Sepanyol




















dan itulah tanggapan mereka terhadap kita
dan itulah juga realitinya pada masa kini..........

Sumber : PPIM

Thursday, April 22, 2010

INILAH DUNIA KU PART 3

UBERN dilanda ribut!!!!!

Itu lah yang terjadi pada petang semalam tanggal 22 April 2010 hari Khamis lebih kurang pada jam 6.30 petang.

Satu kejadian yang tidak disangka2 berlaku....

dan kesannya......




namun Alhamdulillah, yang penting anak isteri aku selamat walaupun kejadian itu berlaku semasa mereka dalam perjalanan pulang dari bersiar-siar....

Wednesday, April 21, 2010

SELAMAT HARI LAHIR PUTERI2 KU SAYANG

Selamat hari ulang tahun kelahiran puteri-puteri ku sayang




Anis Najwa
5 Tahun , pada 4 Febuari 2010 ,

















Anis Najihah
4 Tahun , pada 25 Mac 2010 ,

















Anis Nabilah
2Tahun , pada 12 April 2010 ,













Semoga panjang umur, murah rezeki, selamat dunia akhirat amin....

Sunday, April 18, 2010

SEORANG GURU LAMA..... PT2

Pada tahun 2006, aku ditakdirkan bertugas disebuah kawasan yang dikenali sebagai Ubern Villa....
Dan mengambil keputusan tinggal dikawasan berdekatan supaya mudah berurusan ke tempat kerja... rumah nostalgia yang cukup antik...

Nun jauh dihadapan rumah ku itu terdapat landasan, laluan bagi lokomotif mengangkut hasil tuaian buah kelapa sawit ke kilang berhampiran... hampir setiap masa aku serta keluargaku mendengar alunan geseran roda lokomotif dengan landasannya dan ketika itu jugalah soalan sama yang sering terpaksa ku jawab apabila ditanya oleh anakku....bunyi apa tu ayah?

Dan apabila mereka sedikit membesar dan mempunyai naluri ingin tahu, barulah ku tahu akan motif projek guru ku dulu...apabila aku menyusuri landasan tersebut bersama2 anak-anak ku mereka akan bertanya bilakah mereka boleh menaiki lokomotif tersebut...
itulah dia naluri anak-anak yang dilahirkan tanpa perlu merasai jerih payahnya menaiki pengangkutan awam.

Dan pada tanggal Disember 2009, tercapai jugalah hajat mereka untuk menaiki sebuah kenderaan awam yang dinamakan keretapi... alangkah gembiranya riak anak-anak ku menggambar kan sebuah kepuasan dan ketika ini jugalah aku teringatkan kisah seorang GURU LAMA ku dulu... sesuatu yang tak pernah terfikir oleh ku yang dilahirkan di zaman pengangkutan awam adalah penggerak utama...

Trip dari Ipoh menaiki Keretapi ke KL Central, seterusnya menaiki PUTRA LRT ke KLCC dan seterusnya trip menaiki KOMUTER dari KL Central ke Bangi...

Monday, March 22, 2010

Seorang Guru Lama.....

Hari ni nak menulis sikit kt blog aku nie....

Sesuatu yang tidak pernah difikirkan akan apakah motif sebenarnya..
Waktu itu aku join pun sekadar hanya suka2 je utk enjoy, ikut2 kawan....

Namun itulah pandangan jauh seorang guru lama... yang mengajar aku sekitar hujung 70 an dan awal 80 an...

Setiap hujung tahun itulah projek untuk murid2nya...

Namun setelah dewasa ini barulah aku mengerti apakah motif sebenarnya guruku ini...

Cuba kita tanya kepada beberapa orang murid sekolah rendah dan sekolah menengah sebagai sampelnya, pernahkah mereka menaiki keretapi? Kalau murid itu bersekolah disekitar Lembah Kelang mungkin mereka akan tertawa... tetapi cuba tanya mereka yang tinggal dikawasan kampung.... jangan kita terkejut dengan jawapan mereka..

Dan jangan kita pun sinis terhadap soalan tersebut, cuba tanya kepada ahli keluarga kita soalan yang sama... ataupun tanya kepada anak-anak kita....lihatlah jawapannya terutama mereka yang telah dilahirkan pada zaman keluarga mereka tidak perlu menggunakan perkhidmatan awam....

Itulah dianya jasa seorang guru lama... projeknya setiap tahun cukup simple....iaitu rombongan menaiki keretapi dari Teluk Intan yang pada waktu itu dikenali sebagai Teluk Anson ke Tapah Road... perjalanan yang hanya sejauh lebin kurang 29 kilometer sahaja.

Kalaulah ditakdirkan aku tidak mengikuti rombongan beliau dahulu... selepas berusia 26 tahun barulah aku merasai bagaimanakah rasanya menaiki sebuah kenderaan yang dinamakan keretapi...

F.M.S.R - Tapah Road - Teluk Anson Railway Line


Landasan dibuka pada : 6th September 1893
Status : Tidak lagi digunakan
Panjang landasan : 29.1km

Stesyen / Perhentian :
TAPAH ROAD 0.0 Km - CHANGKAT PETAI 5.5 Km - DEGONG 10.4 Km - CHIKUS 13.0 Km - SUNGAI TUKANG SIDIN 16.6 Km - PERMATANG 19.0 Km - SUNGAI KERAWAI 22.2 Km - TELUK INTAN 26.8 Km - TELUK INTAN WHARF 29.1 Km

Pemandangan Stesyen Keretapi Teluk Anson 1964
Gambar daripada blog REMINISCENCE

Terima kasih kepada guruku, Arwah Hj. Salleh b. Dahalan semoga beliau sentiasa dicucuri rahmat dari Allah s.w.t..

Saturday, March 20, 2010

WAJAH BARU......

Aduhai.....
Dh lama tk update blog aku nie...

Ari nie aku update le skt dengan penampilan wajah baru....

Sunday, February 21, 2010

Menerokai alam baru.....

Alhamdulillah... akhirnya berjaya juga usaha orang rumah aku utk berkecimpung dalam dunia perniagaan...

(Lihat link ini utk kisah selanjutnya...)

Ape2 pun ...Selamat maju jaya...

Thursday, February 4, 2010

Mulanya di sini........

Berita terkini bahawa pasukan F1 Lotus Malaysia sedang giat membuat latihan bagi mencari pemandu pelapis bagi kejohanan dunia 2020.




Dikhabarkan juga bahawa pasukan pelapis tersebut sedang menjalani latihan intensif di litar lumba Ubern Villa....

Mungkinkah mereka-mereka ini pasukan yang dimaksudkan oleh perkhabaran tersebut.....


Kalau benarlah, maka mereka ini bakal muncul sebagai pelumba wanita pertama yang akan beraksi di perlumbaan Grand Prix dunia dan apa yang membanggakan ialah mereka ini mewakili pasukan Malaysia Boleh.....

Mungkinkah, bermulanya di sini.....




Sunday, January 10, 2010

TINGGAL KENANGAN.........

Di villa indah ini...............

Bulan Disember yang lalu....masa tgh bercuti...
Ade free sket, tolong le bonda tercinta mengemas rumah dia...

Masuk le part mengemas buku -buku lame.... tiba2 terpandang satu bundle buku yg aku kira agak menarik juga utk buat bahan dlm blook aku ni... .........................



ni le die bendanye..... harta aku yang amat bernilai...........















Kalau di lihat secara mata kasar mungkin tk nmpk ape keistemewaannye..... tetapi bg aku inilah satu NOSTALGIA yang mengingatkan aku kepada evolusi sistem pendidikan di Negara kita.

Hanya yang melalui zaman KLSR(Kurikulum Lama Sekolah Rendah) sahaja yang memiliki koleksi sebegini rupa itupun kalau masih ada..... pastu bila dh ada KBSR(Kurikulum Baru Sekolah Rendah) maka buku ni hanya boleh dijadikan bahan koleksi peribadi aje.......

Pada zaman ini sebelum wujudnye UPSR, peperiksaan awam di sekolah rendah dikenali sebagai PENILAIAN DARJAH LIMA. Masa tu, matapelajaran yang di nilai ialah B.Malaysia, Sains Awalan, matematik dikenali sebagai Ilmu Hisab, B.Inggeris dan gabungan Sejarah dan Geografi....

Apa yang aku banggakan ialah setelah 27 tahun berlalu buku ini masih tersimpan dalam keaadaan yang agak baik. Lg 20 tahun blh masuk muzium kot...

Gmbar kt bawah ni koleksi abang aku, dia pnye hayat lebih 1 tahun drp aku pnye. Tp still in a good condition also.....


Ok le, cukup setakat nie je dulu. Nantikan kesinambungannye...............

Monday, January 4, 2010

NGAH DAH KE SEKOLAH.......

Akhirnya 2010 membuka tirai nye.....
Tahun baru cerita baru....
Dimulakan dengan anak aku yang cukup sensasi ni....
Soalan yang sering ditanya semasa bulan Disember 2009, " Ayah, bila ngah nak g skolah nie... ngah dah tak sabar nak belajar dgn Cikgu Hanis nie..."
Jenuh aku bg jawapan kt die.

Maka pada tanggal 4 Januari 2010 maka bahawa termaktublah dalam sejarah si ngah nie telah menjejakkan kakinye di PRE-SKOOL UBERN VILLA yang tercinta ini bagi mencapai maksud yang ditunggu2 oleh nye selama ini...






Ni le gambar ngah pada hari mula persekolahan.... cukup ceria....
Bila balik, dia cakap " lama sangat le sekolah nie.. penat ngah..."
Alamak.... jgn die ni trmasuk dalam golongan budak yang cepat jemu dah le..
Ari ni masuk ari ya g kedua..... ngah buat hal la plak..... waktu nk balik td dia terkucil la pulak....
Cikgu dia kata punya syok nye bersembang sampai tk sempat nak g kencing....
Alahai Ngah..... oh..... ngah... si Anis Najihah....


Related Posts with Thumbnails