Wednesday, July 8, 2009

PPSMI

Di villa indah ini...... fikiran aku melayang
PPSMI...PPSMI
akhirnya sampailah titik noktah kepada isu yang sering menjadi perbualan segenap lapisan umat bumi Malaysia tidak kira siapakah gerangan mereka samada golongan marhai'n ataupun golongan biasa.
Bagi yang terlibat dalam bidang pendidikan mereka mungkin lebih mengetahui akan isu ini. Bagi cendekiawan yang terlibat dalam bidang pendidikan yang telah berjuang dalam isu ini, titik noktah ini mungkin menjadi satu isyarat bahawa apa yang telah mereka perjuangkan selama ini adalah benar. Walaupun mengambil masa yang agak lama menunggu akhirnya satu dasar yang agak kabur objektifnya itu akan dikuburkan secara beransur-ansur menjelang 2012.
Aku dalam konteks ini ada pro dan kontranya.
Aku dilahirkan dalam satu keluarga yang ligua franca nya adalah Bahasa Melayu total.
Semasa di alam persekolahan subjek B.Inggeris adalah matapelajaran yang paling aku tak suka dan paling boring sebab waktu cikgu mengajar aku tak paham sepatah haram pun.Dan apa yang paling pasti kawan-kawan aku semasa disekolah menengah dan di IPT dulu pasti terkejut beruk apabila mereka melihat "the improvement of my English Language" kerana aku tergolong dalam golongan "mangkuk ayun" la dalam subjek ini. Tetapi apabila melangkah ke Institut Pengajian Tinggi mahu tak mahu "I have to Learn English To Survive" and at the end I am willing to write and communicate fairly. Begitu juga dengan kehidupan abang aku yang mana sekarang ni berkomunikasi dalam B.Inggeris macam air (cakap orang putih berhabuk). Begitu juga dengan salah seorang adik aku yang akhirnya berjaya menjadi seorang graduan undang-undang dari salah sebuah IPTA yang bahasa penghantarnya adalah B. Inggeris.
Jadi kalau diikutkan sejarah hidup aku ni dari sekolah rendah hinggalah ke sekolah menengah semua subjek di ajar dalam Bahasa Melayu kecuali BI. Kesimpulannya tentang diri aku ialah apabila telah sampai masa yang sesuai kita boleh belajar B.Inggeris dan menguasainya sedikit demi sedikit tanpa sebarang masalah.
Yang aku pasti kebaikannya PPSMI ini ialah ia telah meningkatkan lagi skill dan penguasan aku dalam B.Inggeris sebab aku sentiasa boleh berkomunikasi dalam B.Inggeris, orang putih kata "practice make perfect". Dasar PPSMI ini pada aku lebih memperkasakan guru daripada murid.
Tapi dari satu segi aku terasa satu kerugian, mungkin skill B.Inggeris aku akan menjadi sedikit tumpul menjelang 2012 kerana pada masa itu segala bentuk komunikasi adalah dalam bahasa ibunda... wallahualam

2 comments:

  1. bunyi mcm frust 5% kene potong aje.. hihihi..
    ala, engat aku pun terer sgt ke english masa kecik2 dulu... mother tongue pun dlm bm, bile la sesangt aku nak praktikkan pun... rahsianya... mudah aje..

    1st...sentiasa berdoa kepada Tuhan agar ilmu yang kita dapat tu berkat dan mudah masuk kepada kita... slalu kita asik komplen aje, nape x terus kat Tuhan kita kan.... hihi.. (trasa la tu)

    2nd...mmg Tuhan menganugerahkan otak aku ni supaya leh terima english dengan mudah wlaupun mak aku buta huruf...ataupun digelar talented child...

    3rd...jgn x konfiden.. mcm aku dulu, kalo salah ke betui ke, aku bedal dulu, janji aku try gune english, kalo salah tu standard la, ape guna guru aku dulu yg kene bayor gajinya yg x seberapa tu.. die la akan tolong aku...

    4th...berkaraoke.. aku mmg suke nyanyi.. so lagu english le yg bnyk bantu.. bukan ape aku suke terjermahkan lirik2 lagu.. so until now mmg aku akan sentiasa wat lirik lagu n tulih poem kalo masa free...

    lastly..kalo nak tajamkan english, kene la cakap slalu, nanti dari situ pandaila kite..

    tp tips aku kalo nak blaja english jgn blaja dari owg pompuan.. hush gerun.... penglaman...hehe

    ReplyDelete
  2. dan kehilangan 5 % amat dirasai..

    Gua banyak nyanyi Nirvana masa sekolah-sekolah dulu...Tu Bi gua agak Grunge...

    Kadang tu Westlife,BackstreetBoys dan N'Sync sikit-sikit Spice Girls

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails