Monday, July 13, 2009

CARIK-CARIK BULU AYAM

di villa indah ini.............

Kisah bermula.............
Disuatu masa...............

Kisah bermula... di suatu pekan yang agak terpencil
Disuatu masa............... agak-agaknya 4 purnama yang lalu

Kisah ini bermula di sebuah gelanggang di sebuah pekan yang agak terpencil yang dikenali sebagai Ubern Town. Semuanya berlaku ketika semua para panglima sedang menyiapkan gelanggang bagi satu temasya kejaguhan untuk para satria wira dan wirawati yang akan bertanding pada keesokannya harinya .

Tugas persiapan gelanggang ini digalas oleh dua orang panglima yang amat terkenal iaitu Dato' Maharaja Lela dan Dato' Sagor serta dibantu oleh beberapa panglima lain yang hebat-hebat berlaka. Kesemua panglima-panglima ini telah diamanahkan untuk mengemaskinikanpersiapan gelanggang mengikut bahagian-bahagian yang telah di amanahkan kepada mereka.

Maka sedang galak para panglima sedang membuat persiapan tiba-tiba satu kejadian yang tidak disangka- sangka telah berlaku..... iaitu ribut dan taufan yang melanda secara tiba-tiba.
Alkisah adalah begini, ... ketika Dato' Maharaja Lela sedang meronda kawasan gelanggang dengan kuda kesayangan si Demak Merah, beliau telah dipanggil oleh Dato' Bahaman yang sedang memeriksa peralatan pembesar suara untuk temasya tersebut. Dialognya sebegini :

Dato' Bahaman : Dato', mari sini jap!
Dato Maharaja Lela : Ye dato', ade apa-apa yang boleh hamba bantu?
Dato' Bahaman : Dekat kuda tunggangan dato' tu ada pemutar skru tak?
Dato Maharaja Lela : Alahai tuan hamba, maafkan hamba kerna alat yang tuan hamba
tanyakan itu ade di rumah hamba. Tuan hamba tunggu sebentar ye,
hamba g ambil jap.

Maka dato' Maharaja Lela pun pulanglah seketika ke mahligainya yang terletak hanya beberapa
hasta saja dari gelanggang tersebut.
Tetapi beliau dikejutkan sekembalinya untuk memberikan pemutar skru tersebut kepada dato' Bahaman kerana ketika itu ribut taufan sedang melanda secara tiba-tiba. Ribut taufan ynag melibatkan Dato' Bahaman vs Tok Janggut. Lantas dato' maharaja Lela menjadi kaget dan terbantut hasratnya untuk menyerahkan pemutar skru tersebut kepada dato' Bahaman kerana dikhuatiri akan tercedera salah seorang dari mereka oleh pemutar skru tersebut... tetapi nasib baiklah ribut taufan itu hanya melibatkan pertikaman lidah sahaja.... dialog adalah lebih kurang begini :

Tok Janggut : Tuan hamba ni ape halnye?
Dato' Bahaman : Tak de lah, ni tugas sape sebenarnya??
Tok Janggut : Hamba bukan sengaja untuk meninggal tugas hamba ini, hamba mendapat
perintah yang lebih penting dari pemerintah untuk diselesaikan segera.

Tok Janggut : Hamba tau le ni tugas hamba, tk yah le ko sibuk...
Dato' Bahaman : Tak de lah, hamba nk pastikan semua persiapan berjalan lancar!! Yang tuan
hamba ni angin tk tentu pasal ni pe hal?
Tok Janggut : Ye le, yang tuan hamba hantar satria tu panggil hamba tu pasal ape? Dah le tu
suruh satria tu cakap tah ape-ape tah. Hamba tau le tugas hamba tk yah le
sibok-sibok.
Dato' Bahaman : HAmba hanya arahkan satria tersebut untuk menjemput tuan hamba ke
gelanggang. Itu je, salahke?
Tok Janggut : Dak... bahasa yang tuan hamba pakai tu kasar sangat! @##**
Dato' Bahaman : @#*#@**#@@##**@#*#@**#@@##**
Tok Janggut : @#*#@**#@@##**@#*#@**#@@##**
Dato' Bahaman : @#*#@**#@@##**@#*#@**#@@##**
Tok Janggut : @#*#@**#@@##**@#*#@**#@@##**
Dato' Bahaman : @#*#@**#@@##**@#*#@**#@@##**
Tok Janggut : @#*#@**#@@##**@#*#@**#@@##**
Dato' Bahaman : @#*#@**#@@##**@#*#@**#@@##**
Tok Janggut : @#*#@**#@@##**@#*#@**#@@##**

Dato' Maharaja Lela masih lagi terkedu dan tidak tahu hendak berbuat apa-apa dan kebetulan pula pada waktu itu DAto' Sagor sedang melalui kawasan tersebut lantas di sapa oleh dato' Maharaja Lela dan berbisik " dato' ribut taufan sedang melanda jadi tolong settlekan ok". Maka dengan kebijaksanaan Dato' Sagor maka ribut taufan tersebut dapatlah dibendung dan keadaan menjadi seperti sediakala.

Citer ni belum habis lagi ooo...
:
:
:
:
:
:








at the end, the story was ended with "happy ending"
Gambar di atas pada sebelah petangnya selepas acara persiapan padang didapati Dato' Bahaman dan Tok janggut sedang santap serta bersantai dengan gembira bersama-sama di kedai Imin, sambil disaksikan secara live perdamaian mereka ini oleh Nuar Samsul dan Man.

Dan sehingga hari ini " they live happily ever after" kt Ubern Skool.

Inilah yang dikatakan carik-carik bulu ayam, hanya boleh berlaku kat Ubern Skool je.

Cerita diatas adalah kisah benar dan tak de kena mengena dengan pejuang Tanah melayu, serta ditambah tokok sikit oleh penulis supaya menjadi baik olahannye.

Sekian..............

7 comments:

  1. rasa pening2 lalat utk memahamkan cite ni cgu... aduhhh... da mcm nk memahamkan sejarah tanah melayu.seb bekla stpm dulu power sejarah.ahahah...klu x mau muntah darah putih nk phmkan ni....

    ReplyDelete
  2. Hahahahha Zack ada abang baru

    ReplyDelete
  3. perh... panjang sungguh karangan tuan hambe yek...
    tp aku masih confius gak citer zaman purba nie.. suke2 ati je tambah2 aje ayat tue.. x baek merosakkan sejarah...balas dendam kesumat nampak...;p

    ReplyDelete
  4. mmg gtu la hulubalang ubern...
    baru meriah warga ubern....
    leh la dengar gurindam, syair, seloka dan sewaktu dengannya di blog ni....huhuhuhuhu....

    ReplyDelete
  5. nasib baik Tun Sambantan dah tak de kat sane

    ReplyDelete
  6. Tun Sambantan ada kalu, dato'2 tu mungkin segan le sikit. Tk de la ribut taufan tu jd.. he..

    ReplyDelete
  7. Peh..agak mantap n agak menarik la cerita ni..macam adapatasi dari filem "Dei Yannadei".

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails