Monday, August 31, 2009

Raya oh Raya , Puasa oh Puasa

Di villa indah ini....

Letih... lesu.... lapar..... dahaga.... ngantukkkkk...
Ni la yg slalu berlaku kpd aku setiap tahun bila menjelang satu bulan yang dinamakan Ramadhan Al-Mubarak..

Ari ni aku nk cerita la skt pasal aktiviti yang aku lakukan setiap tahun bila menjelma nye bulan tersebut..
Kesahnye pasal Bazaar Ramadhan, tu yg dlm blog Firol tu ade cite pasal Ramadhan General..
Boleh dikatakan aku dh terlibat dgn Bazaar Ramadhan ni hampir 10 thn kalu tk silap..
Ingat tahun ni nk relax skt, tp memandangkan kegawatan ekonomi rumah tangga ni, terpaksalah ku pendamkan saje hasrat ini....

Jadi seperti biasa aku meneruskan agenda tahunan aku di tempat yg sama iaitu di Sg. Panjang, Selangor....

Kul 3.00 ptg siap isi brg niaga dlm MPV....








ni le dia MPV kesayangan aku... dh 8 tahun aku pakai, banyak dia pnye sentimental value.
satu pilihan yang bijak...


mampu mengisi 6 balang air dan
4 beg ais batu..





3.30 ptg perjalan bermula ke tempat operasi



kelajuan biasa sekiranya mengikut jadual yg tlh dirancang




aduhai!!!! ni yg tk lalu ni... org nk cpt, jam la plak
p@#$*k, s**t , h@#$m j@#$h , opps bulan puasa nie brader!!!!
ok! ok! sabar....

pas ni kena pecut 120km/h le nmpknye...




sampai jg akhir nye....
ni le die tmpt aktiviti aku tu br langsung
tiba kul 4.15 ptg






ni le aku pnye meja n payung...





ok dh selesai menyusun, dan ready untuk melakukan transaksi bermula jam 4.30 ptg

menu :
1. air cendol 2. Mata kucing 3. Jagung 4. Asam Boi 5. Teh Bunga
6. Tembikai Susu


menjelang kul 7.00 ptg.......


alhamdulillah.........
beressss....




tk sabar nk blk rumah..
tapi....... alamak pancit la plak...



anggaplah cubaan serta peringatan dari ALLAH s.w.t....




berbuka seorang diri dibazar ramadhan sambil menunggu bantuan tiba.... akhirnya sampai dirumah jam 8.40 mlm. (ni special kes la......) kalu tk kul 7.30 ptg dh smpi umah dh....

Wednesday, August 19, 2009

Inilah Duniaku (Part 2)

di villa indah ini

Ari ni ade free skt, jd jenguk jap blog kawan2. jenguk pnye jenguk masuk entry kt blog arnies.
Tgk tajuk ckgu nuar dgn geng bas musim baru.... ..
pas tu dpt idea untuk entry aku kt blog ni....

Berkaitan dgn bas sekolah ni le....
Sepanjang pengamatan aku kt daerah hilir perak ni, sekolah harian yg tk terlibat dgn bas sekolah ialah SMK. Sg. Manik. muridnye dtg n balik naik basikal ataupun motorsikal je.

Ari tu dlm entry aku, ade cerita pasal mode of transport that link between 2 states. Tp ari ni aku nk citer skt pasal bas skolah kt Ubern Villa ni. Kt ubern villa ni ade beberapa kelompok murid yg datang dari kawasan yg berlainan yg datang belajar kt sini.

Yg dtg dari negeri selangor tepaksa menaiki feri utk sampai ke sekolah....









Yang dari kelompok lain ada yang datang menaiki bas sekolah........




inilah dia bas sekolah yang mengangkut murid dari kawasan mereka ke Ubern Villa ini...





Tapi yg ni ape pulak?????? kt mana ni???


inilah yg akan berlaku di ubern villa ni kalu bas sekolah yg td tu rosak...







Tapi demi untuk menuntut ilmu....
lihatlah aksi anak2 didik ini...



lihat lah wajah mereka, masih ceria walaupun boleh lah dikatakan berada dalam kesulitan......






berada dalam keaadaan rela dalam keterpaksaan... ape nak dikata...walaupun bearda dalam keaadaan yg tidak kondusif..





masih mampu untuk memberikan pose yg istemewa walaupun terpaksa behimpit dimpit antara lelaki dan perempuan, warga tempatan serta warga pendatang....




Survey yang telah dibuat secara umum mengatakan bahawa perjalanan sehala dari lokasi mereka ke Ubern Villa ialah sejauh 15 kilometer. Jika sebelum ini mereka terpaksa bangun pada pukul 5.30 pagi dan akan sampai kesekolah pada pukul 7.15 pagi dengan menaiki bas sekolah, cuba bayangkan pula dengan situasi ini. Agak2nye lah pukul berapakah mereka perlu bangun pada pagi hari supaya mereka boleh sampai ke sekolah pada masa yang sama.

Pernah pada suatu ketika dahulu mereka terpaksa datang dan pulang dengan menaiki pengangkutan tersebut slama lebih kurang 2 minggu akibat kerosakan yang dialami oleh bas sekolah tersebut. Ditambah pula dengan keaadaan jalan yang tidak begitu kondusif (jalan tanah merah) . Ini belum lagi pada hari hujan melanda??? Bayangkannnnnnnn...

Situasi ni di rakam kan pada hari Jumaat selepas sembahyang Jumaat. Ari Jumaat sekolah abis pukul 12.05 t.hari sepatutnye pukul 1.00 mereka dh ade kt umah masing-masing... tapi kena tunggu smpi kul 2.00 br nk gerak balik, sbb kena tunggu warga asing tu abis sembahyang utk balik bersama. Kul berap mereka smpi kt umah, aku tk tahu... mungkunplg awal pn pukul 3.30 p.m. What a wasting of time....... sepatutnye mereka sudah boleh berehat panjang kt umah dh.

Tapi akhirnya aku terpaksa akur dengan keaadaan.....
Situasi mereka ini masih jauh lebih baik jika dibandingkan dengan sesetengah kes yang lain either in Malaysia itself or foreign country ..

Cuma harapan janganlah hendaknya situasi seperti dibawah ini akan berlaku kepada mereka ataupun umat Malaysia yang bernaung di bawah panji-panji satu malaysia.....
-
-
-
-
-





kt mane ni yek??????

aku pun tak tahuuuuuu.....











wallahhualam........

IKLAN JAWATAN KOSONG

Subject: Iklan Jawatan Kosong

Temuduga Sebagai : Calon Jenazah

SEMUA AKAN DIKEHENDAKI HADIR TANPA SEBARANG PENGECUALIAN

KEKOSONGAN JAWATAN:
A. Ahli Syurga Dari Awal.
B.. Ahli Neraka Dari Awal.
C. Ahli Neraka Sementara Kemudian Akan Dila ntik Jadi Ahli Syurga.

EMPAT GANJARAN LUMAYAN (khas untuk jawatan A):
1. Nikmat kubur..
2. Perlindungan di Padang Mahsyar.
3. Keselamatan Meniti Titian Sirat.
4. Syurga yang kekal abadi.

TARIKH TEMUDUGA:
Bila-bila masa secara adhoc bermula dari saat membaca iklan ini.

LOKASI TEMUDUGA:
Di dalam kubur (alam barzakh).

KELAYAKAN:
Anda tidak perlu bawa siji-sijil,termasuk sijil saham termasuk saham Internet.
Anda tidak perlu bawa pingat , Mercedes mata belalang atau kad kredit.
Anda tidak perlu bawa wang atau harta serta emas yang anda kumpul.
Anda tidak perlu berparas rupa yg cantik, hensem atau berbadan tegap atau seksi.
Sila bawa dokumen asal iaitu : Iman dan Amal serta sedekah jariah sebagai sokongan.

PANEL/PENEMUDUGA:
Mungkar dan Nakir.

ENAM SOALAN BOCOR:
1. Siapa Tuhan anda?
2. Apa Agama anda?
3. Siapa Nabi anda?
4. Apa K ita b anda?
5. Di mana Kiblat anda?
6. Siapa Saudara anda?

CARA MEMOHON:

Anda cuma perlu menunggu penjemput yang berkaliber untuk menjemput anda. Ia akan menjemput anda pada bila-bila masa saja (mungkin sekejap lagi). Ia akan berlembut kepada orang-orang tertentu dan akan bengis kepada orang-orang tertentu.

Ia diberi nama Izrail.

TIPS UNTUK BERJAYA DALAM TEMUDUGA TERTUTUP INI:
Hadis Hasan yang diriwayatkan oleh Ahmad Hanbal, yang bermaksud begini:

Sabda Rasulullah S.A.W:
'Sesungguhnya apabila jenazah seseorang itu diletakkan di dalam kuburnya, sesungguhnya jenazah itu mendengar suara (terompah kasut) orang-orang yang menghantarnya ke kubur pada saat mereka meninggalkan tempat itu. Jika mayat itu seorang muslim, maka solat yang dilakukannya ketika beliau masih hidup di dunia akan diletakkan di kepalanya, puasanya diletakkan disebelah kanannya, zakatnya diletakkan di sebelah kirinya dan amalan kebajikan daripada sedekahjariah, silaturrahim, perkara kebajikan dan ihsan diletakkan dihujung dua kakinya.' Ia akan didatangi malaikat dari aras kepala, maka solat itu berkata kepada malaikat : dari arasku tidak ada jalan masuk. Kemudian malaikat berpindah ke sebelah kanan, maka puasa berkata kepadanya : dari arasku tidak ada jalan masuk. Kemudian malaikat berpindah kesebelah kiri, maka zakat berkata kepadanya : dari arasku tidak ada jalan masuk.
Kemudian di datangi dari arah kedua hujung kakinya dan berkatalah amal-kebajikan : di bahagianku tidak ada jalan masuk. Maka malaikat berkata kepadanya : Duduklah kamu. Kepadanya (mayat) memperlihatkan matahari yang sudah mula terbenam, lalu malaikat bertanya kepada mayat itu : Apakah pandangan kamu tentang seorang laki-laki (Muhammad) yang kamu dahulu sentiasa bercakap tentangnya; dan bagaimana penyaksian kamu kepadanya? Maka berkata mayat itu : Tinggalkan aku sebentar, aku hendak sembahyang. Maka berkata malaikat : Sesungguhnya engkau akan mengerjakan solat (boleh saja solat) tetapi jawab dahulu apa yang kami tanya ini. Apakah pandangan kamu tentang seorang laki -laki (Muhammad) yang kamu dahulu sentiasa bercakap tentangnya; dan bagaimana penyaksian kamu kepada nya? Maka berkata mayat itu: Laki-laki itu ialah! Nabi Muhammad S.A.W dan aku naik saksi bahawa nabi Muhammad saw itu ialah pesuruh Allah yang membawa kebenaran daripada Allah Subhanahu Wata'ala. Maka malaikat berkata kepada mayat itu : Demikianlah kamu dihidupkan dan begitu juga kamu dimatikan dan dengan demikian juga kamu dibangkitkan semula diakhirat insya'Allah. Kemudian dibuka baginya satu pintu syurga, maka dikata padanya itulah tempat kamu dan itulah janji Allah bagi kamu dan kamu akan berada di dalamnya. Maka bertambahlah gembira mayat itu. Kemudian dilapangkan kuburnya seluas 70 hasta dan disinari cahaya baginya'.

Sila war-warkan tawaran jawatan kosong ini kepada semua sahabat.

Wallahu-a'lam. Semoga berjaya dalam temuduga ini.

Tuesday, August 18, 2009

Oh benarkah......apa yang dikata

Di villa indah ini.....

Hari ni terbaca satu artikel kt Harian Metro berkaitan dengan Kursus Perguruan Lepasan IJazah (KPLI). Topik yang diutarakan ialah berkaitan dengan tempoh program itu dilaksanakan.
Buat masa ini tempoh masa bagi perlaksanaan program tersebut adalah selama 1 tahun ataupun 12 bulan . Dan ada cadangan untuk dilanjutkan lagi tempoh pengajiannya menjadi 1 1/2 tahun ataupun 18 bulan, dengan alasan supaya keluaran KPLI ni berada dalam keaadaan lebih bersedia apabila turun ke sekolah kelak.

Dalam artikel tersebut mengupas tentang kewajaran untuk lanjutan tempoh kursus tersebut, dan memberikan respon yang agak baik dan positif tentang lepasan lepasan KPLI yang sedang berkhidmat diserata sekolah di pelusuk negara ketika ini. Dan mengatakan tempoh 12 bulan adalah sudah memadai bagi mengikuti kursus tersebut dan tidak perlu dilanjutkan sehingga sehingga ke 18 bulan.

Mari kita imbas sejenak.......
Pada masa KPLI ni diperkenalkan suatu masa dahulu, tujuannya adalah untuk menampung
kekurangan guru yang pada suatu masa dahulu berada dalam keaadaan yang amat kritikal.
Dan pada masa tersebut syarat untuk mengikuti kursus ini adalah sedikit longgar, berikutan kurangnya minat para graduan IPT untuk menjadi guru selepas tamatnye pengajian mereka. Dan pada masa tersebut peluang pekerjaan di sektor swasta amatlah terbuka luas dan menjanjikan habuan yang lebih lumayan jika dibandingkan dengan penjawat awam.

Pada waktu tersebut, ada sesetengah kes yang mana sekiranya seseorang itu ditawarkan untuk mengikuti program KPLI dan mereka tidak berminat, surat tawaran mereka boleh diberikan kepada orang lain seperti adik beradik ataupun rakan taulan untuk mengisi kekosongan tersebut secara automatik.

Persoalannya disini, apakah maksudnye dengan "berada dalam keaadaan lebih bersedia apabila turun ke sekolah kelak." Pelbagai tafsiran yang boleh dibuat daripada frasa tersebut.
Daripada keluaran sulung hinggalah ke hari ini, pelbagai penilaian yang telah dibuat kepada puak-puak KPLI ni.... yang paling kerap didengar ialah .... KPLI kurang kualiti, KPLI tk tahu buat kerja, KPLI itu lah KPLI ini lah... dan macam-macam lagi. Malahan ada dikalangan guru sendiri yang melabelkan keluaran KPLI ni adalah Guru Mee segera... adakah penilaian ini di buat secara rasional atau atas dasar emosional. Dan yang ketara sekali ialah persoalan ini mulai timbul dengan kerapnya apabila wujudnya keluaran KPLI (Sekolah Rendah).

Pada masa ini kita memang akui, bahawa faktor kegawatan ekonomi dan pengangguran adalah salah satu penyebab larisnya borang permohonan untuk mengikuti program KPLI ni seperti larisnya goreng pisang panassss.Tetapi sekarang ni syarat kelayakkannye telah dperkemas dan diperketatkan lg. Boleh dikatakan setiap kali program ditawarkan, adelah sekitar dalam 60 000 orang yang menjadi pemohon bagi mengisi 2000 tempat yang di sediakan. Jadi ada diantara mereka ini yang menjadi guru atas dasar pengangguran dan kegawatan ekonomi ataupun dalam kata lain dh tk ade pilihan.

Tapi adakah benar mereka-mereka ini tidak perform, tidak commit seperti yang sering kita dengar apabila mereka turun ke sekolah. Apakah dengan ilmu yang mereka timba selama 5 tahun di IPT dan 1 tahun di IPG ini tidak mencukupi sehingga perlu ditambah lagi 6 bulan tempoh pengajiannya di IPG???Mungkin juge benar .... mungkin juga tidak..... Tetapi ape yang dapat aku lihat............................ ini mungkin sekadar pandangan peribadi aku sahaja.

Aku melihat dari satu skop yg kecil di Ubern Villa ni, ade keluaran KPLI 2004, 2005 dan 2007. Semuanya ok je kecuali ............ itupun kalau dinisbahkan menjadi 13% je. Tk de satu pun ungkapan yang sering dilabelkan kepada puak2 KPLI ni yang boleh diguna pakai untuk guru2 KPLI kt Ubern Villa ni kecuali yg 13% td. Tp ada jg sedihnye.... bukan nk mengumpat apatah lg mengata kerana adalah seorang daripada yang ramai2 td tu yg boleh dilabelkan dan di ibaratkan sebagai kerana nila setitik habis susu sebelanga ataupun seekor kerbau membawa lumpur habis terpalit semuanye.
Kepada guru yang berkenaan tolonglah berpijak di bumi nyata, jgn nmpk mcm bagus tp hancussssss. Di mana bumi berpijak disitulah langit dijunjung. Kalau tk tahu jgn lah malu bertanya, jgn jadi sombong bodoh, nampak bijak tapi hampehhhhhh bla,bla,bla....... sebelum isu jd lebih panas dan akhirnye MELETUPPPPP!!!!!!!!!! Ingatlah tentang tanggungjawab yang diamanahkan kepada kita.... ingatlah tentang perjanjian yg telah kita buat sebelum mengikuti kursus di maktab dahulu, ingatlah kita tentang akujanji yang telah kita buat dulu sewaktu hendak menjadi seorang guru, ingatlah ingatlah ingatlah dan muhasabahlah...........

Dan satu lagi yg perlu diingatkan ade suara2 yang mengatakan yg KPLI ni harap gaji je tinggi, tp tk tau bt kerja. Untukpengetahuan suara2 tersebut, yg ini tidaklah perlu dipertikaikan kerana itu adalah dasar Perkhidmatan Awam Malaysia yang mana setelah mereka belajar selama 5 tahun di IPT dan 1 tahun di IPG itulah yang melayakkan mereka untuk menikmati faedah yg telah disediakan tersebut....

wallahhualam.....................

Tuesday, August 11, 2009

Kekuasaan ALLAH s.w.t























Lihat lah betapa hebatnya kekuasaan Allah s.w.t. Walaupun kenderaan tersebut terbakar hangus tetapi mukjizat yang ditinggalkan oleh Nabi Muhammad s.a.w kepada umatnya masih terpelihara tidak hangus bersama.

Thursday, August 6, 2009

aduhaiiii... puteri ku sayang....

ari ni rase boring je, tk tahu nape asyik teringat gelagat anak2 kt umah. Ape agaknye sedang mereka lakukan skrg ni yek???

apa lagi capai laptop,cari gmbo deme. Bila dh tgk gmbo deme ni terus rasa nk mengarang la plak..

Anis Najwa
Ni puteri ku sayang yang sulung. Panggilan Along (Wawa). Was born in 2004, di lahirkan kat Pusat Perubatan Kg. Baru, Kuala Lumpur. Waktu lahir aduhaiiii, ayahnye tk dapat nk bersama sbb wktu tu ayahnye sedang berkursus kt Teluk Senangin. Mama die miss call 36X masa nk bersalin..... bila ayahnye sampai, di dh selamat dilahirkan. Pas tu duduk ngan mama dia selama 1 tahun setengah kt Pandan Jaya sbb ayahnye sdg belajar selama 1 tahun kt Bukit Mertajam. Tiap2 ari mama dia usung ulang alikke Kg. Baru naik LRT, aduhaii. Jumpa ayah dia seminggu sekali je waktu tu..sian die....
sekarang ni die dh brumur 5 tahun, dh masuk pra sekolah dh.. tp sangat sensitif orangnye.. mudah menangis. Tk tau le mngkin duduk brjauhan dgn ayahnye lama sangat kot...tu yg jadi cam tu kot..


Anis Najihah
Ni puteri aku yang kedua. Panggilan angah(e-are). Was born in 2006. Dilahirkan di Hospital Teluk Intan. Masa Mama dia mengandung masih duduk kt KL lagi, masih duduk berasingan dengan ayahnye sbb masa tu ayahnye kerja kt Ubern Villa. Sian mama die, dah le kendong along pas tu dgn angah yg kt dlm perut lg. Masa tu trpksa le mama dia pindah kt Kg. Baru, dekat le skt dgn tmpt kerja. Lepas bersalin, dh abis pantang mamanye ambil keputusan berenti kerja dan duduk bersama dgn ayahnye kt ubern villa. Ngah ni budak hyperaktif, kadang2 tu nakal sangat.. tp menghiburkan..








Anis Nabilah
Ni Puteriku sayang yang ketiga. Yg last le but not least. Panggilan Adik(Bella). Was born in 2008, kt spital Teluk Intan juge. Die ni smuenye lambat, umur 1 tahun baru tau nk makan. Umur 1 tahun 3 bulan baru nk belajar berjalan. Tapi dia pnye nakal cam angah die juge.










Itu lah dia puteri ku syang...
yang menceriakan kehidupan kami sekeluarga...





DOA MENGHINDARKAN SELSEMA BABI

Related Posts with Thumbnails