Monday, October 12, 2009

SEKALUNG TAKZIAH

Semalam di villa indah ini dikejutkan dengan berita tentang pemergian untuk selama-lamanye ayahanda tersayang kepada Cikgu Redzuan @ Burn, iaitu En. Mohd. Yusof yang juga dikenali sebagai Pak Usop.

Pada sebelah petangnye aku join Samsul, man, manap, lie, kamarul dan ayahandanye utk pergi menjenguk keaadaan Cikgu Burn n familynye kt Ipoh walaupun pada waktu itu masa mungkin tidak mengizinkan kami semua untuk melihat jenazah buat kali yang terakhir.

Ketibaan kami telah disambut oleh cikgu Burn, dan ternyata beliau adalah seorang yang tabah.
Riak wajahnye nampak tenang walaupun masih diselubungi dengan kesedihan. Dan ayat yang yerpacul dari lidah beliau ialah "aku redha dengan pemergiannye". Alhamdulillah..... keredhaan beliau adalah kerana segala proses menyeliakan jenazah sehinggalah dikebumikan berjalan dengan lancar.


Ape2pun diharap Cikgu Burn nie banyak2le bersabar. Semua ini adalah ketentuan tuhan, dan marilah kita sama2 berdoa semoga roh arwah dicucuri rahmat oleh ALLAH s.w.t dan semoga rohnye berada dalam kalangan orang2 yang beriman.... amin

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails