Sunday, April 18, 2010

SEORANG GURU LAMA..... PT2

Pada tahun 2006, aku ditakdirkan bertugas disebuah kawasan yang dikenali sebagai Ubern Villa....
Dan mengambil keputusan tinggal dikawasan berdekatan supaya mudah berurusan ke tempat kerja... rumah nostalgia yang cukup antik...

Nun jauh dihadapan rumah ku itu terdapat landasan, laluan bagi lokomotif mengangkut hasil tuaian buah kelapa sawit ke kilang berhampiran... hampir setiap masa aku serta keluargaku mendengar alunan geseran roda lokomotif dengan landasannya dan ketika itu jugalah soalan sama yang sering terpaksa ku jawab apabila ditanya oleh anakku....bunyi apa tu ayah?

Dan apabila mereka sedikit membesar dan mempunyai naluri ingin tahu, barulah ku tahu akan motif projek guru ku dulu...apabila aku menyusuri landasan tersebut bersama2 anak-anak ku mereka akan bertanya bilakah mereka boleh menaiki lokomotif tersebut...
itulah dia naluri anak-anak yang dilahirkan tanpa perlu merasai jerih payahnya menaiki pengangkutan awam.

Dan pada tanggal Disember 2009, tercapai jugalah hajat mereka untuk menaiki sebuah kenderaan awam yang dinamakan keretapi... alangkah gembiranya riak anak-anak ku menggambar kan sebuah kepuasan dan ketika ini jugalah aku teringatkan kisah seorang GURU LAMA ku dulu... sesuatu yang tak pernah terfikir oleh ku yang dilahirkan di zaman pengangkutan awam adalah penggerak utama...

Trip dari Ipoh menaiki Keretapi ke KL Central, seterusnya menaiki PUTRA LRT ke KLCC dan seterusnya trip menaiki KOMUTER dari KL Central ke Bangi...

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails