Monday, March 22, 2010

Seorang Guru Lama.....

Hari ni nak menulis sikit kt blog aku nie....

Sesuatu yang tidak pernah difikirkan akan apakah motif sebenarnya..
Waktu itu aku join pun sekadar hanya suka2 je utk enjoy, ikut2 kawan....

Namun itulah pandangan jauh seorang guru lama... yang mengajar aku sekitar hujung 70 an dan awal 80 an...

Setiap hujung tahun itulah projek untuk murid2nya...

Namun setelah dewasa ini barulah aku mengerti apakah motif sebenarnya guruku ini...

Cuba kita tanya kepada beberapa orang murid sekolah rendah dan sekolah menengah sebagai sampelnya, pernahkah mereka menaiki keretapi? Kalau murid itu bersekolah disekitar Lembah Kelang mungkin mereka akan tertawa... tetapi cuba tanya mereka yang tinggal dikawasan kampung.... jangan kita terkejut dengan jawapan mereka..

Dan jangan kita pun sinis terhadap soalan tersebut, cuba tanya kepada ahli keluarga kita soalan yang sama... ataupun tanya kepada anak-anak kita....lihatlah jawapannya terutama mereka yang telah dilahirkan pada zaman keluarga mereka tidak perlu menggunakan perkhidmatan awam....

Itulah dianya jasa seorang guru lama... projeknya setiap tahun cukup simple....iaitu rombongan menaiki keretapi dari Teluk Intan yang pada waktu itu dikenali sebagai Teluk Anson ke Tapah Road... perjalanan yang hanya sejauh lebin kurang 29 kilometer sahaja.

Kalaulah ditakdirkan aku tidak mengikuti rombongan beliau dahulu... selepas berusia 26 tahun barulah aku merasai bagaimanakah rasanya menaiki sebuah kenderaan yang dinamakan keretapi...

F.M.S.R - Tapah Road - Teluk Anson Railway Line


Landasan dibuka pada : 6th September 1893
Status : Tidak lagi digunakan
Panjang landasan : 29.1km

Stesyen / Perhentian :
TAPAH ROAD 0.0 Km - CHANGKAT PETAI 5.5 Km - DEGONG 10.4 Km - CHIKUS 13.0 Km - SUNGAI TUKANG SIDIN 16.6 Km - PERMATANG 19.0 Km - SUNGAI KERAWAI 22.2 Km - TELUK INTAN 26.8 Km - TELUK INTAN WHARF 29.1 Km

Pemandangan Stesyen Keretapi Teluk Anson 1964
Gambar daripada blog REMINISCENCE

Terima kasih kepada guruku, Arwah Hj. Salleh b. Dahalan semoga beliau sentiasa dicucuri rahmat dari Allah s.w.t..

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails