Tuesday, August 18, 2009

Oh benarkah......apa yang dikata

Di villa indah ini.....

Hari ni terbaca satu artikel kt Harian Metro berkaitan dengan Kursus Perguruan Lepasan IJazah (KPLI). Topik yang diutarakan ialah berkaitan dengan tempoh program itu dilaksanakan.
Buat masa ini tempoh masa bagi perlaksanaan program tersebut adalah selama 1 tahun ataupun 12 bulan . Dan ada cadangan untuk dilanjutkan lagi tempoh pengajiannya menjadi 1 1/2 tahun ataupun 18 bulan, dengan alasan supaya keluaran KPLI ni berada dalam keaadaan lebih bersedia apabila turun ke sekolah kelak.

Dalam artikel tersebut mengupas tentang kewajaran untuk lanjutan tempoh kursus tersebut, dan memberikan respon yang agak baik dan positif tentang lepasan lepasan KPLI yang sedang berkhidmat diserata sekolah di pelusuk negara ketika ini. Dan mengatakan tempoh 12 bulan adalah sudah memadai bagi mengikuti kursus tersebut dan tidak perlu dilanjutkan sehingga sehingga ke 18 bulan.

Mari kita imbas sejenak.......
Pada masa KPLI ni diperkenalkan suatu masa dahulu, tujuannya adalah untuk menampung
kekurangan guru yang pada suatu masa dahulu berada dalam keaadaan yang amat kritikal.
Dan pada masa tersebut syarat untuk mengikuti kursus ini adalah sedikit longgar, berikutan kurangnya minat para graduan IPT untuk menjadi guru selepas tamatnye pengajian mereka. Dan pada masa tersebut peluang pekerjaan di sektor swasta amatlah terbuka luas dan menjanjikan habuan yang lebih lumayan jika dibandingkan dengan penjawat awam.

Pada waktu tersebut, ada sesetengah kes yang mana sekiranya seseorang itu ditawarkan untuk mengikuti program KPLI dan mereka tidak berminat, surat tawaran mereka boleh diberikan kepada orang lain seperti adik beradik ataupun rakan taulan untuk mengisi kekosongan tersebut secara automatik.

Persoalannya disini, apakah maksudnye dengan "berada dalam keaadaan lebih bersedia apabila turun ke sekolah kelak." Pelbagai tafsiran yang boleh dibuat daripada frasa tersebut.
Daripada keluaran sulung hinggalah ke hari ini, pelbagai penilaian yang telah dibuat kepada puak-puak KPLI ni.... yang paling kerap didengar ialah .... KPLI kurang kualiti, KPLI tk tahu buat kerja, KPLI itu lah KPLI ini lah... dan macam-macam lagi. Malahan ada dikalangan guru sendiri yang melabelkan keluaran KPLI ni adalah Guru Mee segera... adakah penilaian ini di buat secara rasional atau atas dasar emosional. Dan yang ketara sekali ialah persoalan ini mulai timbul dengan kerapnya apabila wujudnya keluaran KPLI (Sekolah Rendah).

Pada masa ini kita memang akui, bahawa faktor kegawatan ekonomi dan pengangguran adalah salah satu penyebab larisnya borang permohonan untuk mengikuti program KPLI ni seperti larisnya goreng pisang panassss.Tetapi sekarang ni syarat kelayakkannye telah dperkemas dan diperketatkan lg. Boleh dikatakan setiap kali program ditawarkan, adelah sekitar dalam 60 000 orang yang menjadi pemohon bagi mengisi 2000 tempat yang di sediakan. Jadi ada diantara mereka ini yang menjadi guru atas dasar pengangguran dan kegawatan ekonomi ataupun dalam kata lain dh tk ade pilihan.

Tapi adakah benar mereka-mereka ini tidak perform, tidak commit seperti yang sering kita dengar apabila mereka turun ke sekolah. Apakah dengan ilmu yang mereka timba selama 5 tahun di IPT dan 1 tahun di IPG ini tidak mencukupi sehingga perlu ditambah lagi 6 bulan tempoh pengajiannya di IPG???Mungkin juge benar .... mungkin juga tidak..... Tetapi ape yang dapat aku lihat............................ ini mungkin sekadar pandangan peribadi aku sahaja.

Aku melihat dari satu skop yg kecil di Ubern Villa ni, ade keluaran KPLI 2004, 2005 dan 2007. Semuanya ok je kecuali ............ itupun kalau dinisbahkan menjadi 13% je. Tk de satu pun ungkapan yang sering dilabelkan kepada puak2 KPLI ni yang boleh diguna pakai untuk guru2 KPLI kt Ubern Villa ni kecuali yg 13% td. Tp ada jg sedihnye.... bukan nk mengumpat apatah lg mengata kerana adalah seorang daripada yang ramai2 td tu yg boleh dilabelkan dan di ibaratkan sebagai kerana nila setitik habis susu sebelanga ataupun seekor kerbau membawa lumpur habis terpalit semuanye.
Kepada guru yang berkenaan tolonglah berpijak di bumi nyata, jgn nmpk mcm bagus tp hancussssss. Di mana bumi berpijak disitulah langit dijunjung. Kalau tk tahu jgn lah malu bertanya, jgn jadi sombong bodoh, nampak bijak tapi hampehhhhhh bla,bla,bla....... sebelum isu jd lebih panas dan akhirnye MELETUPPPPP!!!!!!!!!! Ingatlah tentang tanggungjawab yang diamanahkan kepada kita.... ingatlah tentang perjanjian yg telah kita buat sebelum mengikuti kursus di maktab dahulu, ingatlah kita tentang akujanji yang telah kita buat dulu sewaktu hendak menjadi seorang guru, ingatlah ingatlah ingatlah dan muhasabahlah...........

Dan satu lagi yg perlu diingatkan ade suara2 yang mengatakan yg KPLI ni harap gaji je tinggi, tp tk tau bt kerja. Untukpengetahuan suara2 tersebut, yg ini tidaklah perlu dipertikaikan kerana itu adalah dasar Perkhidmatan Awam Malaysia yang mana setelah mereka belajar selama 5 tahun di IPT dan 1 tahun di IPG itulah yang melayakkan mereka untuk menikmati faedah yg telah disediakan tersebut....

wallahhualam.....................

9 comments:

  1. 2004 takde kpli nuar...

    macam ada emosi ni...dgr ada crite? apa kes usrah?

    ReplyDelete
  2. a'ah.. tibe2 emosi sangat pasal ape...
    aku boleh terima je ko.. hehehe..walaupun mulut aku berapi aje.. kih kih kih... masing2 empunye pendapat masing2... kalo aku kuar pendapat aku kang ramai yg x suke plak... x pasal2 aku dapat pahala byk... org len dapt dose ngutuk aku..... hihi... dah nak masuk bulan pose nie...kalo aku nak bsore dalam hal nie tunggu aku pegang jawatan beso2 sket... skrg ni aku xlayak.. spm je..

    smbung balik...mcm partner ko cakap layak ke gaji kita ngan keje kita buat skrg.. (ubah sket la ayat die, kang terasa lak)... har har har...

    ReplyDelete
  3. tambah sket lagi.. ape2 pun itu sebagai cabaran... jangan cepat melenting... seorang guru yg bijaksana tau handle situasi tu dgn cara yg paling baik.... amek guru2 zaman dulu sbg idola n model kita.. kalo xnak ikut gak, bagi aku no comment..

    sekian... assalammualaikum.... slamat bpose...

    ReplyDelete
  4. Firol,
    Cikgu Man kn kluaran KPLI 2004. Posting 2005.

    ReplyDelete
  5. Nk kata melenting blm la lg. Cuma berbunyi atas nama tanggungjawab terhadap rakan dan juga diri sendiri. Mungkin apa yg berlaku adalah tanpa disedari, jd adalah tanggungjawab rakan taulan untuk memnyedarkan....

    ReplyDelete
  6. ada org buat perangai..dalam msg yang aku terima...baik lagi maskuiry


    zeq tak tau la

    bagi aku maskuiry tu..buat2 biasa2 je

    ReplyDelete
  7. ade le yg buat perangai.. tp yg di highlight kt atas ni khusus melibatkan seorang guru thn 6.

    ReplyDelete
  8. ye man dah bagitau....sabar jelah nuar....tingkatkan ketakwaan

    ReplyDelete
  9. ok le, aku hrp cam tu le jg...

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails