Thursday, July 30, 2009

Aduhaii... tak sanggup ku kenangkan

di villa indah ini....

dh lame juge aku tk menulis dlm ruangan ini...
bkn ketandusan idea, tapi akibat dari kesibukkan duniawi yg mengalpakan...

ari ni ade lapang sikit, so curi masa utk berkarya...

ari ni mungkin citenya 3 dlm 1 ke, 5 dlm 1, pelbagai dlm satu ke.... tk tau nk kata lah.. kite tengok le nanti..

dalam dunia yang tanpa sempadan kini, tidak dapat dinafikan bahawa pengaruh iklan di TV amat berpengaruh sekali...

contohnye.....
.
.
.
.















satu ikon yg cukup hebat.. hinggakan anak aku yang berumur 3 dan 4 tahun tu pun kenal dgn gambr niii. Dan antara ayat yang sering terpacul dari mulut mereke ialah ;
'"ayah, bila kita nk g kedai ayam ni??? dh lama sangat kita tk g ni"

Jd, kadang2 dlm keaadaan keterpaksaan ini, terpaksalah ayahnye mengalah walaupun kekadang kocek telah hampir-hampir kering...

Biasanye lokasi yang dipilih samada Teluk Intan,Perak atau Sungai Besar, Selangor.





inilah dia KFC Teluk Intan.









Cam biasalah, bila dh smpi ke lokasi ni menunye.........
















mmmmmmmmm, lazat kan..

tapi ade cerita disebalik apa yang tertulis diatas tadi...
setiap kali aku membawa family aku menikmati juadah direstoran ini pasti akan membuat aku menjadi insaf betapa dalam zaman yang didakwa globalisasi ini masih ade perkara yang ........

Al-kisahnye begini, (sambungan citer dari "HEROES OF 2007" dlm post sblm ni...
maka setelah selesai perlawanan bola sepak tersebut, maka para pengurus, jurulatih serta penyokong fanatik mereka telah membawa bintang2 Ubern Skool tu ke restoran KFC t. Intan. Segala perbelanjaan di tanggung oleh seorang dermawan iaitu En. Nadziruddin Ketua Pemuda UMNO T.Intan. Kejayaan mendapatkan sponsor itu adalah usaha sama antara kebijakan SU KoKo 2008 dan SU KoKo 2009 yang amat tersohor namanye ketika ini. Nama terpaksa dirahsiakan, nanti Zeq jeles.

Maka setelah disusun atur semua bintang2 tu,maka bertanyalah akan SU KoKo 2009 kepada para sekelian bintang tersebut.
"Antara kome semua, siapa yang tk pernah menjejaki kan kakinye kt tempat ni sepanjang riwayatnye????"
Dan.... hampir2 SU KoKo tu nk tersembam menyembah bumi...
sambil beristighfar di dalam hati " astaghafirullahalazim" sedih & syahdu serta berkata bertapa untungnya aku serta anak2 aku yg telah tidak terkiranya menjejakkan kaki di sini.

Nak tahu kenapa????? kerana hampir 80% bintang2 mengangkat tangan mereka dan menyatakan bahawa inilah kali pertama mereka menjejakkan kaki mereka ke tempat cam ni....aduhaiiiiii.

Dan yang paling sadisnye ialah ade antara mereka yang tidak mampu untuk melahap hidangan itu, dan apabila ditanya oleh SU KoKo tu....
Jawapannye " nk bwk balik, makan dgn adik- beradik kt umah.......... lg sekali hmpir2 aku menitiskan air mata dan lantas bertanye " berapa orang adik beradik kamu kt umah??
Jawapannye "6 orang", lantas aku terkedu dan terdiam membayangkan 2 ketul ayam goreng akan dikongsi bersama 6 orang.....

Maka, fikiran naku terus menjalar......... kalau tk silap aku KFC dh ade kt Malaysia ni dari tahun 1973 lg, tp mengejutkan...... pada thn 2007 iaitu selepas 34 tahun KFC malaysia yg pertama ditubuhkan, masih ade lagi cerita sebegini...

Mari kita bayangkan sejenak.....
-
-
-
-





dalam negara kita yang mempunyai pejabat pentadbiran yang begitu indah ini......












dalam negara kita yang mempunyai bangunan pencakar langit yang dikenali seantero dunia.......







di dalam zaman dunia tanpa sempadan ini.....

dikala umat2 yang seangkatan dgn mereka sedang melihat iklan tersebut di televisyen dan pada akhir iklan tersebut terpacul perkataan " sedap hingga menjilat jari".....

..............aduhaiiiii.........tak sanggup ku kenangkan.........

Tuesday, July 28, 2009

RENUNG-RENUNG KAN LAH

Seorang pemuda bangun pagi2 buta utk sholat subuh di Masjid . Dia berpakaian, berwudhu dan berjalan menuju masjid . Ditengah jalan menuju masjid, pemuda tsb jatuh dan pakaiannya kotor.

Dia bangkit, membersihkan bajunya, dan pulang kembali ke rumah. Di rumah, dia berganti baju, berwudhu, dan, LAGI, berjalan menuju masjid .

Dlm perjalanan kembali ke masjid , dia jatuh lagi di tempat yg sama! Dia, sekali lagi, bangkit, membersihkan dirinya dan kembali ke rumah. Di rumah, dia, sekali lagi, berganti baju, berwudhu dan berjalan menuju masjid .

Di tengah jalan menuju masjid , dia bertemu seorang lelaki yg memegang lampu.

Dia menanyakan identiti lelaki tsb, dan menjawab "Saya melihat anda jatuh 2 kali di perjalanan menuju masjid ,

jadi saya bawakan lampu untuk menerangi jalan anda..'

Pemuda pertama mengucapkan terima kasih dan mereka berdua berjalan ke masjid .

Saat sampai di masjid , pemuda pertama bertanya kepada lelaki yang membawa lampu untuk masuk dan sholat subuh bersamanya. lelaki itu menolak. pemuda itu mengajak lagi hingga berkali2 dan, lagi, jawapannya sama.

Pemuda bertanya, kenapa menolak untuk masuk dan sholat.

lelaki itu menjawab

"Aku adalah IBLIS (setan)"


Pemuda itu terkejut dgn jawapan lelaki itu.

Setan kemudian menjelaskan, 'Saya melihat kamu berjalan ke masjid , dan sayalah yg membuat kamu terjatuh. Ketika kamu pulang ke rumah, membersihkan badan dan kembali ke masj id ,
Allah memaafkan semua dosa2mu.

Saya membuatmu jatuh kedua kalinya, dan bahkan itupun tidak membuatmu merubah fikiran untuk tinggal dirumah , kamu tetap memutuskan kembali masjid .

Karana hal itu, Allah memaafkan dosa2 seluruh anggota keluargamu.

Saya KHAWATIR jika saya membuat kamu jatuh utk kali ketiga , jangan2 Allah akan memaafkan dosa2 seluruh penduduk desamu,
jadi saya harus memastikan bahwa anda sampai dimasjid dgn selamat....'


Moral:
Jangan biarkan Setan mendapatkan keuntungan dari setiap aksinya.
Jangan melepaskan sebuah niat baik yg hendak kamu lakukan karena kamu tidak pernah tahu ganjaran yg akan kamu dapat dari segala kesulitan yg kamu temui dalam usahamu utk melaksanakan niat baik tersebut .


If forwarding this message will bother you, or take too much time from you, then don't do it, but you will not get the reward of it, which is great...

Tuesday, July 21, 2009

Inilah duniaku.........

di villa indah ini.......

.........teringat masa nak posting dulu.......
keputusan dh kluar... check kt intrnet.........mmmm ok dh dpt blk negeri.
check lg......mmm lg ok, dh dpt blk daerah.....
check lg, ....mmm tu je maklumat yg dpt..

pas tu menung jap... kt mane nama aku akan tersenarai......
teringat lak kat satu tempat kt daerah aku tu.... mintak2 jgn le nama aku g kat situ....sebab aku dh tahu keadaan tmpt cu cam ne..

tak lama pas tu, check lg kt intrnet........... untuk mengetahui keputusannye "sila hubungi Pejabat yang berkenaan dinegeri anda".....

Amik tpon trs call, pnye le susah nk dpt.. line engage........
Akhirnye dpt jg bercakap dgn pegawai yg berkenaan dan keputusannya ..... wow! nama aku berada dalam senarai umat yg akan ditugaskan di kwsan yg aku impikan td tu. Walau cam ne pun itulah ketentuanNYE. Aku pasrah dan pada hari yang sepatutnya aku pn mendftarkanlah diri aku di tmpt trsebut. Tp wktu tu tk de lh shocking sangat pasal sblm ni pn aku dh slalu gak g tmpt ni.

Walau bagaimanapun tmpt ni tk de lh trk sgt jika di bandingkan dgn sesetengah tmpt yang terpaksa dilalui oleh sesetengah umat lain yang sealiran dgn ku...

Jd dgn bangganye I present.........
.........Ini lah dia duniaku...........



mode of transport to link between two states










operate between 6.00 a.m to 12.00 midnight every
day including the breakdown time.




inilah dia pengangkutan yang cukup terkenal bila nk g ke dunia aku...

susah nk jumpa keadaan cam ni...

cuba fikirkan......
waktu operasi antara kul 6.00 pagi hingga 12.00 mlm...
what happen when there was an emergency after 12.oo midnight....
have to take a long journey along a very quiet path that surrounded by palm oil tree to find the bridge before reach the main road...


Kena que, tunggu giliran nak naik pesawat.....






Kalu yg tunda sblh kiri ni, muatan max dia 3 kereta per trip




Tp kalau yg besar ni gagah le skt. Max blh g smpi 8 kereta per trip.


Tp yg besar ni jarang beroperasi... cost tinggi..



Keselamatan diri serta tanggungan adalah tanggung jawab sendiri....

Tapi part ni yg paling tk syok nye......




pelabuhan tempat pendaratan untuk ke dunia aku......





























pemandangan waktu air telah mula surut..






yang tk berapa syok ialah waktu berlaku air pasang besar apatah lagi ditambah dengan hujan yang lebat pada hari sebelumnye.... ini lah yang berlaku....

...tak terlepas juga tempias nye kepada tempat kerja aku iaitu "di villa indah ini"....











kawasan taman yang cukup indah ini juge terjejas oleh kejadian tersebut ...















...tapi walau apapun aku cukup selesa berada di dalam dunia ku ini... dan pada saat dan ketika ini masih belum terlintas walau sedikit pun di hati ini untuk meninggalkan tempat ini..... aku tidak ingin mengulangi apa yang telah berlaku kepada salah seorang warga dunia ini yang boleh disifatkan sebagai "sesal dahulu pendapatan , sesal kemudian tiada gunanya..".

Tp jgn kita lupa kepada ketentuan NYE, kita hanya merancang....DIA lah yang menentukan...
Andai kata pada suatu hari nanti aku ditakdirkan terpisah dari dunia ku ini... aku pasrah..

Monday, July 20, 2009

UPSR....... OH........UPSR.....@ guru.....oh.........guru...

divilla indah ini..........

aku memikirkan apakah entry aku pada kali ini....

ok lah, aku sambung sikit zeq pnye cite psl UPSR sbb aku pnye idea lbh skt la dari zeq ni dari segi pengolahan nye...

Pada minggu yg lepas maka pada hari jumaat yang lalu berakhirlah sudah peperiksaan percubaan UPSR peringkat negeri.

Dan diperingkat ubern skool akhirnya setelah analisa di buat akhirnya...........

sangkutlah seorang budak utk posisi terbaik itupun 4A 1B je. itu pun jenuh menunggu dari awal tahun hinggalah percubaan baru dapat. Lega jugalah para PENDITA thn 6 yang telah bertungkus lumus selama ini .

Mngkin ada yg berkata, "ala.... dpt sorang pn dh kecoh, tu pn 4A...." tp bg kami di Ubern Skool ni amat berbangga kerana itu semua adalah 80% hasil daripada tunjuk ajar kami sebab budak2 kt sini kebergantungan nya kpd para penditanya adalah 100%. ...no tuisyen class from outside..

Dan kalau dilihat dari segi sosioekonomi dan persekitaran serta pendedahan terhadap dunia luar amatlah menyedihkan... jadi adalah menjadi satu cabaran utk para pendita terhadap kejayaan para pelajarnya, dan cabaran itu telah terjawab walaupun blm menghasilkan yang terbaik..
insyaallah akan dibuktikan kejayaan yang semakin hampir itu...



anak-anak didik selapas menjawab soalan Matematik Kertas 1 pada hati rabu yang lalu..




dalam pada itu sibuk pula beberapa pihak yang mengatakan bahawa UPSR sudah tidak releven lagi... adakah ini pandangan peribadi ataupun mewakili seluruh masyarakat marhain???? adakah sudah diadakan perbincangan dengan para cendekiawan tentang perkara ini??? Adakah telah di cari satu methodologi yang amat relevan untuk dijadikan kayu pengukur sekiranye dihapuskan UPSR ini..??? janganlah hendaknye terjadi seperti tragedi PPSMI untuk kali yang kesekiannye....

Kemudian timbul pula isu yang mengatakan bahawa terdapat ramai budak yang tidak tahu membaca apabila mereka naik kesekolah menengah . pulak dah!!!!!!!
Bila benda2 ni berlaku maka kebiasaannya tunding menunding akan berlaku... maka akhirnye pihak guru lah yang didapati bersalah................... you are found guilty kalau bahasa mahkamahnye.......
itulah dia nya guru....oh..guru...... sometimes what we are doing to improve our students have been unacceptable and even being ................ lu pikir la sendiri. Walaupun kekadang tujuan kita baik tetapi sering disalah tafsirkan ....

dan ungkapan-ungkapan yang biasa didengari...

apabila seseorang murid gagal - "macam mana la cikgu ni mengajar"..

apabila seseorang murid itu berjaya - bermacam-macam pihak mengatakan program itulah,
program inilah yang telah berkesan

- parents pun cakap - ni semua adalah hasil mereka
mengajar anak mereka di rumah

dan amat jarang sekali ucapan pujian atau ucapan terima kasih yang dihamburkan kepada insan-insan yang berada di belakang kejayaan tersebut walaupun bukan itulah yang mereka harapkan.....
Tapi itu semua tidak pernah melemah dan melunturkan semangat para pendita sekelian malah menganggap nya sebagai satu cabaran........

Apa-ape pn.... relevan ke tak relevan ke, itu lah tugas para pendidik... tugas yang diamanahkan mesti diteruskan, segala usaha-usaha murni akan di pastikan berjalan lancar.....

Fikir-fikirknlah dan renung-renungkanlah wahai umat manusia gambar dibawah ini bukan untuk menunjuk-nunjuk jauh sekali untukberbangga tetapi untuk renungan kita bersama.............


Kelas tambahan pada hari Sabtu



















Subjek ape tu yek..........







Kesungguhan mereka jadi pengubat hati....














berusaha tanda menghargai jasa.....









anak dan isteri dibawa bersama.....
bekorban sama....


walaupun sepatutnya bersantai bersama di teratak tercinta

Friday, July 17, 2009

PATAH..... TUMBUH...... HILANG.....BERGANTI

di villa indah ini..........

pada hari ini, Jumaat 17 Julai 2009, jam 10.30 pagi....
telah diadakan satu majlis perpisahan dan di ikuti dengan majlis selamat datang selepas itu.

Majlis perpisahan yang dianjurkan oleh kelab staff ubern ini di adakan sempena perpindahan rakan2 ubern yang meninggalkan ubern skool dan akan meneruskan jasa bakti mereka ke tempat yang lain..

3 orang kroni ubern telah meninggalkan villa indah yang tercinta ini, dan pastinya mereka mempunyai alasan mereka yang tersendiri dan semoga itulah yang terbaik untuk diri mereka.

Apa-apa pun ketiadaan mereka pasti dirasai oleh warga ubern dan begitu jugalah dengan mereka sebaliknya. Begitu lah d fitrah manusia ini " datang..... dan... pergi....".Walau bagaimanapun kata orang putih bagi yang tinggal "life must goes on"
Yang datang di rai dan yang pergi dikenang dan dihargai.

Selamat maju jaya di ucapkan kepada :

1. En. Maskuriy (PK Hem)

aku mulai mengenali beliau pada tahun 2000 dan pernah bertugas bersama beliau disebuah sekolah sebelum beliau dinaikkan pangkat dan berpindah ke Daerah Manjung pada tahun 2002. Dan pada tahun 2006 kami sekali lagi bertugas dibawah satu bumbung yang sama iaitu di Villa indah ini sehinggalah beliau berhijrah pada pertengahan Jun yang lalu.

Di villa yang indah ini, nama beliau agak tersohor juga. Namun bertugas bersama beliau pasti ada kenangan pahit dan manisnya bagi setiap insan yang mengenali beliau. Itulah yang dikatakan lumrah dunia. Apa2 pun selamat maju jaya kepada Abang Mash iaitu panggilan manja beliau di Ubern Skool ini.

2. En. Faizal (PT)


aku pn tk brb ingat sgt la bila beliau ni join the club, but if not mistaken dh satu tahun juge le beliau ni bertugas kt villa ini. Nk cite panjang pn tk leh sangat coz baru sangat kenal beliau ni. Tapi yang aku pasti kerja dgn beliau no problem.



tapi ape2 pun lu mmg cool....

3. En. Sarip (Tech)


En. Sarip ni pn join the club lebih kurang 1 thaun jg le. Mula-mula masuk terkejut le gamaknye, terus isi borang tukar....
Dh dkt setahun barulah beliau tahu nikmatnye bermastautin di villa yang indah ini. Tapi ape nk dikata , tgh syok member kita menikmati kehidupan di Ubern Villa ni, beliau dikejutkan dengan surat yang meminta beliau untuk melapor diri ke tempat bertugas yang lain. Segala usaha telah dilakukan untuk beliau kekal di sini, tapi bak kata lirik sebuah lagu "takdir penentu segala", beliau trpaksa akur dengan kehendak alam.

walau apapun brader Sarip ni pn mmg cool jg orangnye.

Dan ucapan selamat datang diucapkan kepada :

1. En. Mohd Ariff



datang dari Langkap mengisi kekosongan yang ditinggal kan oleh
En. Maskuriy





2. Cik. Shakirah



datang dari Pulau Pinang sebagai pengganti kepada
En. Sarip




di uacapkan selamat datang dan selamat bertugas di Ubern Skool ini.


di bawah ini dirakamkan Gambar-gambar semasa majlis sedang berlangsung :


gambar sewaktu pemberian cenderahati kepada mereka yang akan pergi











salam perkenalan ......











ucapan alu-aluan dan penghargaan dari Ketua Jabatan






aduhaiiiiiiii..........

Tuesday, July 14, 2009

THE UBERN LEGEND

di villa indah ini......

sedang aku membelek gmbo snap shot aku untuk dijadikan bahan story tiba-tiba aku terpandang satu gmbo yang akan sentiasa menjadi ingatan Ubern FC fan club serta menjadi igauan ngeri bagi pihak lawan di setiap peringkat kejuaraan.






Heroes of 2007









inilah dia pasukan yang telah membanggakan Ubern FC yang telah menjadi CHAMPION di pertandingan Group 5 Champion League dalam pada tahun 2007, seterusnya menjadi wakil di kejohanan Hilir Perak Confederation League Championship.

For the first attempt - playing at SKSAA stadium, the result not so bad - 4th place.
So, team ni la yang menjadi sumber inspirasi kepada next team of Ubern FC.

Then, in the year 2008 and 2009 Ubern FC telah berjaya mengekalkan kejuaraan mereka untuk 3 tahun berturut-turut dalam Group 5 Champion League. Dan seterusnya menjadi wakil ke Hilir Perak Confederation League Championship. So main diperingkat confederation ni dh macam main petang-petang je.

Sekarang ni Ubern Fc bukan sahaja digeruni di peringkat Group 5 Champion League malahan di peringkat Hilir Perak Confederation League Championship juga.

Diperingkat Group 5 Champion League Ubern FC ni lebih dikenali sebagai Malaikat Maut FC. Tak caye tanye Firol..

Nama besar yang amat berjasa kepada kejayaan ini ialah
:
:
:
:



tahniah kepada En. Samsul @ Alek Ferguson(jurulatih kesayangan Ubern FC)












The Team Manager of the Year


Redza da Cips Pans
2006 -2008







segala penat jerih anda telah terbayar.... begitu juga jurulatih-jurulatih lain yang memainkan peranan disebalik tabir..

Di bawah kendalian Alek Ferguson dan Da Cips Pans , telah lahir beberapa legenda Ubern FC .
Salah seorang legend yang akan sentiasa di kenang dan diingati sangat ialah ......
:
:
:
:
:




Spiderman Ubern

@

Hantu Senyum.






Ini adalah post beliau pada perlawanan terakhir pada Kejuaraan Piala Konfiderasi tahun 2007..
berkat kesabaran dan kegigihan jurulatih memberikan tunjuk ajar tanpa kenal erti penat dan jemu...

Saje je puji lebih-lebih, nk tgk komen dari jurulatih English Society of Ubern Skool.....

Monday, July 13, 2009

CARIK-CARIK BULU AYAM

di villa indah ini.............

Kisah bermula.............
Disuatu masa...............

Kisah bermula... di suatu pekan yang agak terpencil
Disuatu masa............... agak-agaknya 4 purnama yang lalu

Kisah ini bermula di sebuah gelanggang di sebuah pekan yang agak terpencil yang dikenali sebagai Ubern Town. Semuanya berlaku ketika semua para panglima sedang menyiapkan gelanggang bagi satu temasya kejaguhan untuk para satria wira dan wirawati yang akan bertanding pada keesokannya harinya .

Tugas persiapan gelanggang ini digalas oleh dua orang panglima yang amat terkenal iaitu Dato' Maharaja Lela dan Dato' Sagor serta dibantu oleh beberapa panglima lain yang hebat-hebat berlaka. Kesemua panglima-panglima ini telah diamanahkan untuk mengemaskinikanpersiapan gelanggang mengikut bahagian-bahagian yang telah di amanahkan kepada mereka.

Maka sedang galak para panglima sedang membuat persiapan tiba-tiba satu kejadian yang tidak disangka- sangka telah berlaku..... iaitu ribut dan taufan yang melanda secara tiba-tiba.
Alkisah adalah begini, ... ketika Dato' Maharaja Lela sedang meronda kawasan gelanggang dengan kuda kesayangan si Demak Merah, beliau telah dipanggil oleh Dato' Bahaman yang sedang memeriksa peralatan pembesar suara untuk temasya tersebut. Dialognya sebegini :

Dato' Bahaman : Dato', mari sini jap!
Dato Maharaja Lela : Ye dato', ade apa-apa yang boleh hamba bantu?
Dato' Bahaman : Dekat kuda tunggangan dato' tu ada pemutar skru tak?
Dato Maharaja Lela : Alahai tuan hamba, maafkan hamba kerna alat yang tuan hamba
tanyakan itu ade di rumah hamba. Tuan hamba tunggu sebentar ye,
hamba g ambil jap.

Maka dato' Maharaja Lela pun pulanglah seketika ke mahligainya yang terletak hanya beberapa
hasta saja dari gelanggang tersebut.
Tetapi beliau dikejutkan sekembalinya untuk memberikan pemutar skru tersebut kepada dato' Bahaman kerana ketika itu ribut taufan sedang melanda secara tiba-tiba. Ribut taufan ynag melibatkan Dato' Bahaman vs Tok Janggut. Lantas dato' maharaja Lela menjadi kaget dan terbantut hasratnya untuk menyerahkan pemutar skru tersebut kepada dato' Bahaman kerana dikhuatiri akan tercedera salah seorang dari mereka oleh pemutar skru tersebut... tetapi nasib baiklah ribut taufan itu hanya melibatkan pertikaman lidah sahaja.... dialog adalah lebih kurang begini :

Tok Janggut : Tuan hamba ni ape halnye?
Dato' Bahaman : Tak de lah, ni tugas sape sebenarnya??
Tok Janggut : Hamba bukan sengaja untuk meninggal tugas hamba ini, hamba mendapat
perintah yang lebih penting dari pemerintah untuk diselesaikan segera.

Tok Janggut : Hamba tau le ni tugas hamba, tk yah le ko sibuk...
Dato' Bahaman : Tak de lah, hamba nk pastikan semua persiapan berjalan lancar!! Yang tuan
hamba ni angin tk tentu pasal ni pe hal?
Tok Janggut : Ye le, yang tuan hamba hantar satria tu panggil hamba tu pasal ape? Dah le tu
suruh satria tu cakap tah ape-ape tah. Hamba tau le tugas hamba tk yah le
sibok-sibok.
Dato' Bahaman : HAmba hanya arahkan satria tersebut untuk menjemput tuan hamba ke
gelanggang. Itu je, salahke?
Tok Janggut : Dak... bahasa yang tuan hamba pakai tu kasar sangat! @##**
Dato' Bahaman : @#*#@**#@@##**@#*#@**#@@##**
Tok Janggut : @#*#@**#@@##**@#*#@**#@@##**
Dato' Bahaman : @#*#@**#@@##**@#*#@**#@@##**
Tok Janggut : @#*#@**#@@##**@#*#@**#@@##**
Dato' Bahaman : @#*#@**#@@##**@#*#@**#@@##**
Tok Janggut : @#*#@**#@@##**@#*#@**#@@##**
Dato' Bahaman : @#*#@**#@@##**@#*#@**#@@##**
Tok Janggut : @#*#@**#@@##**@#*#@**#@@##**

Dato' Maharaja Lela masih lagi terkedu dan tidak tahu hendak berbuat apa-apa dan kebetulan pula pada waktu itu DAto' Sagor sedang melalui kawasan tersebut lantas di sapa oleh dato' Maharaja Lela dan berbisik " dato' ribut taufan sedang melanda jadi tolong settlekan ok". Maka dengan kebijaksanaan Dato' Sagor maka ribut taufan tersebut dapatlah dibendung dan keadaan menjadi seperti sediakala.

Citer ni belum habis lagi ooo...
:
:
:
:
:
:








at the end, the story was ended with "happy ending"
Gambar di atas pada sebelah petangnya selepas acara persiapan padang didapati Dato' Bahaman dan Tok janggut sedang santap serta bersantai dengan gembira bersama-sama di kedai Imin, sambil disaksikan secara live perdamaian mereka ini oleh Nuar Samsul dan Man.

Dan sehingga hari ini " they live happily ever after" kt Ubern Skool.

Inilah yang dikatakan carik-carik bulu ayam, hanya boleh berlaku kat Ubern Skool je.

Cerita diatas adalah kisah benar dan tak de kena mengena dengan pejuang Tanah melayu, serta ditambah tokok sikit oleh penulis supaya menjadi baik olahannye.

Sekian..............
Related Posts with Thumbnails